window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada!

Haris · Apr 19, 2022 11:59 AM

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 01

Dalam tempoh hanya tiga bulan, beberapa bahagian di Lembah Klang telah dilanda insiden banjir yang teruk. Oleh yang demikian, hujah untuk membeli SUV/crossover baru kini  menjadi lebih kuat dan relevan. Untuk itu, apa kata kita lihat pilihat yang sangat sesuai dengan iklim Malaysia yang tidak menentu ini iaitu Subaru XV facelift 2022 dengan EyeSight.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 02

Jangan salah faham, kami tidak mengatakan bahawa anda harus membeli SUV/crossover untuk merempuh banjir dengan sengaja. Apa yang kami syorkan adalah SUV/crossover mempunyai peluang yang lebih baik untuk melarikan diri daripada senario sedemikian, dan Subaru XV dengan sistem Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) yang terkenal, jarak kelegaan tanah 220 mm, dan semua magis elektroniknya mampu memberikan kelebihan yang lebih banyak berbanding pesaingnya yang lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 01

Dalam perjuangannya yang diperbaharui menentang Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross, Subaru XV facelift 2022 kini menerima suite ADAS EyeSight sebagai standard. Tambahan lain termasuk Dwi-Fungsi X-Mode dan pilihan mod pemanduan SI-Drive untuk menatal penyelarasan pendikit. Facelift tidak selalunya menawarkan banyak namun yang ini mungkin sekali antara yang dikecualikan.

Baca: Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight!

Rekaan luar – Tak banyak beza

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 02

Dari luar, perubahan yang dapat dilihat sangat halus sehinggakan jika anda meletakkan model facelift dan pra-facelift bersebelahan, ia masih sukar untuk melihat perbezaan antara keduanya.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 03

Terdapat gril hadapan baharu dengan potongan berbentuk V menggantikan corak honeycomb sebelum ini manakala bampar hadapan telah diubah suai dengan pelapisan hitam yang lebih gelap. Seterusnya... tiada, keseluruhan crossover ini memang kelihatan hampir sama dengan model pra-facelift.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 04

Semuanya masih bersegi dan nampak lasak, tanpa reka bentuk melengkung sarat seperti yang ada pada Mazda. Namun secara peribadi, kami sangat menyukai penampilan Subaru XV yang kompak dan lebih sesuai dipanggil crossover sejati, berbanding saudaranya yang lebih besar dan memilih jalan SUV tradisional, Subaru Forester.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 05

Kit badan GT Edition yang dilihat di sini menambah lips hadapan, skirt sisi, hiasan bampar belakang dengan trim perak, dan spoiler belakang yang lebih agresif bersama-sama roda 17-inci 'kelopak' yang unik. Kami berasa acuh tak acuh dengan kit badan itu pada mulanya tetapi sekarang sudah terbiasa melihatnya, justeru varian biasa kini kelihatan "botak". Namun apa yang perlu ditegaskan, kesemuanya bergantung kepada pilihan individu.

Rekaan dalaman – Semua tentang fungsi

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 06

Bergerak ke bahagian dalam, ia hampir sama dengan model pra-facelift dengan reka bentuk sudutnya, daripada lubang udara kepada corak tempat duduk. Kami menggemari kesan balutan pada bahagian atas papan pemuka yang mengalir sehingga ke kad pintu, mewujudkan rasa yang lebih berintegrasi.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 07

Subaru dengan kualitinya, binaan dan bahan, tak banyak yang boleh dipersalahkan. Segala-galanya terasa baik dan semua titik sentuh diliputi sama ada dengan kulit atau plastik sentuhan lembut. Jahitan kontras menambah sedikit rempah pada rekaan bahagian dalam yang sedia kemas.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 08

Subaru turut mendengar keluhan pengguna dengan sistem infotainmen baharu, diperkenalkan tahun lepas, yang merupakan unit yang lebih baik daripada sebelumnya. Ia memberikan paparan skrin yang lebih tajam dan antara muka pengguna yang lebih menyenangkan. Fungsi ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto turut disokong, menangani salah satu aduan terbesar yang kami hadapi untuk model terdahulu.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 09

Terdapat sedikit masa yang diperlukan untuk pembelajaran semasa mengendalikan semua butang fungsi pada stereng pada awalnya, di mana ia turut mengawal Multi-Function Display yang dipasang di bahagian atas papan pemuka dan kelompok instrumen. Tetapi apabila sudah biasa, ia agak mudah untuk dinavigasi.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 10

Dari segi ruang, ia memadai untuk seorang dewasa bersaiz sederhana di belakang. Rakan sekerja kami yang berketinggian 174 cm mempunyai kira-kira dua bola tenis pada ruang lutut dan satu bola tenis di ruangan kepala. Semasa kami berada di belakang, ketiadaan corong udara belakang masih mengecewakan.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 11

Malangnya, ia turut mengekalkan ruang but yang agak kecil, dengan kadar 385 liter. Ruang kargo juga pendek, apertur bukaan but kecil, dan ketinggian lantai but agak tinggi. Ini mungkin potensi penghalang terbesar bagi mereka yang memerlukan ruang kargo yang luas. Untuk itu, mungkin anda boleh melihat kepada model SUV sejati?

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 12

Pengalaman pemanduan – Terbaik dalam kelasnya?

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 13

Trenkuasa kekal tidak berubah dalam model facelift ini – enjin boxer beraspirasi semula jadi 2.0 liter yang dipasangkan dengan transmisi automatik CVT. Ia masih berkelakuan seperti yang anda rasai sebelum ini, dengan penghantaran kuasa yang lancar dan linear.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 14

Kehalusan pemanduan mungkin sekali kelebihan Subaru XV yang paling besar. Hampir tiada gegaran dari enjin (yang boleh dirasai sekurang-kurangnya dari kabin), malah ia tidak dapat didengari semasa pemanduan jelajah. Rasanya hampir seperti sebuah kenderaan elektrik EV yang senyap apabila memandu pada kelajuan bandar.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 15

Stereng mempunyai berat dengan baik dengan nisbah pusingan yang agak cepat justeru membuatkan XV terasa reaktif kepada input. Namun begitu, satu ciri yang kami dapati secara peribadi agak membingungkan ialah kesan lane-centering yang lemah pada stereng. Ia menjadikan stereng berasa lengai dan kurang mantap selepas 'melenjan' sudut tetapi ini mungkin disengajakan berdasarkan tetapan geometri sistem gantungan.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 16

Brek adalah juga mantap. Rasa pedal yang teguh memberikan keyakinan mutlak dalam keupayaan memberhentikannya dan ia juga mudah untuk dimodulasi.

Letakkan Subaru XV melalui satu set selekoh dan pusat graviti rendah yang ada pada SUV ini terasa jelas. Rasanya, walau kedengaran klise, adalah seperti kereta sedan/hatchback dalam cara ia menguruskan body roll. Begitulah crossover sejati.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 17

Ambil selekoh secara berlebihan, dan sistem torque vectoring menggunakan brek individu secara automatik dalam mana-mana keadaan understeer. Ia adalah satu perasaan yang luar biasa apabila anda menjangkakan kereta itu akan terlebih 'membuang' dengan gagal tetapi sistem hanya menarik kereta kembali ke garisan pemanduan.

Itulah unique selling point Subaru XV. Kereta itu sentiasa mengesan sebarang gelinciran atau kehilangan daya tarikan pada bila-bila masa dan bersedia untuk melawannya, memaksimumkan semua daya tarikan yang ada. Ia memberikan rasa kestabilan yang tidak goyah apabila digabungkan dengan kehebatan pengendaliannya.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 18

Sistem EyeSight yang baru ditambah ialah salah satu sistem ADAS yang dikalibrasi dengan sangat baik dalam pasaran. Fungsi stop-go kawalan jelajah adaptif memecut dan membrek perlahan-lahan, bergantung pada tetapan yang dipilih.

Keselesaan Pemanduan - Suspensi cemerlang

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 19

Hanya segelintir kereta sahaja yang kami tidak meragui sistem gantungannya, dan Subaru XV adalah salah satu daripadanya. Tidak kira apa pun permukaan jalan raya, XV mengekalkan ketenangannya dan menyerap ketidaksempurnaan jalan dengan mudah, tanpa sebarang bunyi hentakan atau ketukan daripada suspensi.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 20

Jika dibandingkan dengan Toyota Corolla Cross, Subaru XV mempunyai suspensi yang lebih keras, memberikan sedikit rasa sporty tetapi ia tidak mengorbankan keselesaan perjalanan. Ini sahaja merupakan satu pencapaian yang sangat mengagumkan.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 21

Walau bagaimanapun, dari segi keselesaan mutlak, Corolla Cross masih mengambil tempat pertama kerana kerusinya. Kami mendapati bahawa kerusi Subaru XV agak rata, kurang ukiran tubuh dan sokongan. Ia biasa sahaja tetapi jika dibandingkan dengan Corolla Cross, ia tidak begitu selesa.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 22

Subaru XV ialah kereta yang sememangnya senyap dengan bunyi minimum yang dihasilkan daripada aspek mekanikal kereta, rangkaian kuasa atau suspensi. Oleh itu, paras hingar kabin biasanya rendah, dengan bunyi tayar hanya sayup-sayup masuk pada kelajuan yang tinggi.

Penggunaan bahan api

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 23

Dalam gabungan pemanduan bandar dan lebuh raya yang sama rata, penggunaan bahan api Subaru XV dikira pada 9.0 liter/100 km.

Sebagai model pacuan semua roda dan lebih berat badan, mudah untuk difahami mengapa ia menggunakan lebih banyak bahan api berbanding pesaing FWDnya seperti Honda HR-V (7 liter/100 km) dan Toyota Corolla Cross (6.8 liter/100 km )

Konklusi

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 24

Dalam kurungan harga RM 140k hingga RM 150k, memang banyak pilihan di pasaran SUV. Walau bagaimanapun, tiada satu pun, dengan keupayaan menakluk semua cuaca dan semua keadaan jalan seperti Subaru XV.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 25

Walaupun kami bersetuju pada tahap tertentu bahawa anda tidak memerlukan pacuan semua roda atau mainan elektronik yang terdapat dalam XV, terutamanya jika anda tidak berniat untuk melakukan perjalanan off-road, tapi perasaan keselamatan tambahan adalah sesuatu yang halus. Hanya satu pengalaman dalam keadaan jalan yang sukar atau banjir kilat sahaja yang mampu mengubah cara pembeli melihat USP Subaru XV ini.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 26

Jika bukan kerana but yang agak kecil, Subaru XV mudah untuk disyorkan dari sudut pandangan objektif semata-mata. Pada hakikatnya, saiz but bukanlah halangan terbesarnya, berbanding lencana. Jenama Subaru kurang diidam-idamkan di Malaysia apatah lagi dengan harga yang tidak membantu.

Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada! 27

Tetapi jika anda bukan orang yang menilai kereta dengan jenamanya, cubalah Subaru XV. Ramai yang jatuh hati dengannya setelah mencuba pandu uji. Siapa tahu? Anda juga mungkin.

Also read: Pros and Cons: 2022 Subaru XV facelift, driving sophistication at the cost of space

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda