window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi?

Haris · Mar 21, 2021 06:00 PM

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 01

Umum mengetahui bahawa UMW Toyota kini memberikan sepenuh usaha dan fokus terhadap SUV terbaru mereka. Toyota Corolla Cross akan dilancarkan pada 25 Mac 2021.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 02

Jika anda memerlukan pendapat awal mengenai Toyota Corolla Cross, seperti biasa Wapcar.my dapat memenuhi permintaan anda. Rakan media kami Autofun Thailand telah menerima unit rebiu Toyota Corolla Cross dan ini adalah apa yang dikongsikan oleh mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan luar - Nampak lebih besar daripada gambar

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 01

Pasaran Thai menerima 4 varian iaitu Sport petrol, Smart hybrid, Premium hybrid dan model yang dipertontonkan ini adalah Premium Safety hybrid.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 02

Model hibrid menerima aksen biru pada sesetengah bahagian

Model Toyota Corolla Cross ini kelihatan seperti adik kepada model Toyota RAV4. Ia adalah rekaan tipikal Toyota yang mengetahkan fungsi berbanding rupa. Malah jika diperhatikan, ia tidak mempunyai banyak garis badan melintang ke belakang.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 03

Anda juga dapat melihat plastik hitam yang meliputi bahagian bawah yang sangat ketara. Pengeluar lain mungkin akan mengurangkan saiz plastik hitam tersebut tapi seperti biasa, fungsi lebih penting dari rupa.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 04

Malah, warna hitam tersebut turut menghiasi perincian lain seperti antena jenis shark fin dan rel bumbung. Autofun berpendapat bahawa SUV ini menerima manfaat yang sangat besar dengan warna terang - yang mampu menonjolkan warna hitam tersebut secara kontra.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 05

Pandangan dekat perincian Toyota Corolla Cross

Lebih menarik lagi, Autofun turut mengetengahkan bahawa saiz Toyota Corolla Cross tampak lebih besar berbanding gambar. Sebagai perbandingan, berikut adalah saiz Toyota Corolla Cross jika dibandingkan dengan Honda HR-V dan Subaru XV.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 06

Walaupun lebih besar, Toyota Corolla Cross mempunyai radius pusingan sebanyak 5.2 meter yang kecil, yang lebih kecil berbanding Honda HR-V (5.7 meter) dan Subaru XV (5.4 meter). Ingat, fungsi lebih penting dari rupa.

Rekaan dalam - rasa sempit sikit?

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 07

Pergerakan keluar masuk ke dalam Toyota Corolla Cross juga terasa senang. Pintu boleh dibuka luas, jarak kelegaan tanah juga mesra kanak-kanak dan orang tua. Seperti biasa, fungsi lebih penting dari rupa.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 08

Walaubagaimanapun, pandangan awal Autofun terhadap ruang dalaman Toyota Corolla Cross berbeza dengan pandangan luar. Ia tidak terasa luas seperti rekaan luar yang dilihat lebih besar daripada jangkaan.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 09

Tambah Autofun lagi, ruang pada bahagian hadapan memang terasa luas tetapi ruang pada bahagian belakang terasa sedikit sempit. Sebagai konteks, Honda HR-V terasa lebih luas pada bahagian belakang.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 10

Lain-lain perincian dalaman boleh disimpulkan sebagai suatu penambahbaikan daripada model Toyota Corolla Altis secara keseluruhan aspek.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 11

Tempat duduk bergaya sporty, kemasan berwarna hitam dan kontras kulit dan krom adalah antara perincian yang tampil unik. Kesemua ini sangat digemari oleh pengulas Thailand.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 12

Brek parkir kaki

Beberapa kelengkapan pada Toyota Corolla Cross ini terasa sedikit 'kurang premium', misalnya penggunaan brek kaki dan pembuka tangki minyak dalam kenderaan.

Baca: Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus?

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 13

Selain itu, Toyota Corolla Cross pasaran Thailand dilengkapi dengan dua skrin digital di dalamnya - sistem infotainment skrin sesentuh 9-inci, dan kluster instrumen digital 7-inci yang terletak di belakang stereng multi-fungsi.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 14

Terdapat 6 pembesar suara dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay. Autofun mengatakan bahawa bunyi yang dikeluarkan hanya sekadar 'biasa-biasa' sahaja.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 15

Bahagian bonet belakang didatangkan dengan pembuka elektronik dengan sensor tendangan. Di sini, pembeli akan menerima sebanyak 487 liter kapasiti but belakang dengan kerusi boleh dilipat 60:40.

Walaubagaimanapun, spesifikasi ini mungkin tidak akan mencerminkan spesifikasi pasaran Malaysia kerana ia tidak ditawarkan dengan tayar simpanan.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 16

Jika mengambil kira tayar simpanan, kapasiti but menjadi 440 liter tetapi masih besar berbanding Honda HR-V (437 liter).

Walaubagaimanapun, pelindung lingkungan roda pula nampak begitu cembung dengan kerusi yang dilipat tidak rata. Ini mengurangkan lagi praktikaliti Toyota Corolla Cross walaupun menerima kapasiti bonet belakang yang besar.

Ciri Keselamatan - Toyota Safety Sense lah!

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 17

Sistem bantuan pemandu Toyota iaitu Toyota Safety Sense (TSS) pastinya dilengkapi pada model mercu ini. Antara ciri-ciri yang dilengkapi adalah:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Blind Spot Monitor with Rear Cross Traffic Alert (BSM, RCTA)

Selain itu, Toyota Corolla Cross juga dilengkapi dengan 7 beg udara dan lampu tinggi automatik. Kesemua kelengkapan ini boleh ditemui pada Toyota Corolla Altis pasaran Malaysia justeru tidak keterlaluan jika Toyota Corolla Cross juga akan membawa spesifikasi yang sama.

Kesimpulan - Apa kata cuba dulu?

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 18

Toyota Corolla Cross pasaran Malaysia bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pandangan awal kami selepas pandu uji media, boleh dikatakan bahawa aspek kendalian dan pemanduan untuk pasaran kita jauh lebih baik berbanding spesifikasi Thailand.

Kita sedia maklum citarasa pemanduan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, Toyota Corolla Cross berkemungkinan besar tidak ditawarkan dengan enjin hybrid seperti unit rebiu sebentar tadi, hanya ditawarkan dengan enjin 1.8 liter NA yang dikongsi dengan Toyota Corolla Altis.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 19

Malah, sistem suspensi untuk pasaran Malaysia juga lebih nyaman, tidak begitu keras seperti mana di Thailand. Apa lagi yang boleh dikatakan dengan Toyota Corolla Cross adalah casis TNGA yang digunakan juga memainkan peranan yang baik.

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi? 20

Harga bagi Toyota Corolla Cross dijangka akan berada sekitar Toyota Corolla Altis. Tanpa sebarang wakil dalam pasaran SUV segmen B dan C bawah RM 200k, Toyota Corolla Cross dijangka akan disasarkan untuk kedua-dua pasaran. Mampukah ia menggalas cabaran tersebut? Kita sama-sama tunggu dan lihat. 

Bacaan Lanjut:

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu?

Toyota Corolla Cross 2021 kini dibuka untuk tempahan - 1.8L, TSS, harga bermula RM 120k!

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti!

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda