window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah!

Faisal · Aug 27, 2022 08:00 PM

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 01

Satu kaji selidik yang dibuat setakat ini mendapati bahawa hampir 90% daripada kemalangan berpunca daripada kereta belakang. Walaupun teknologi kereta sekarang makin hebat, sains sebenarnya masih belum jumpa jalan penyelesaian untuk membendung kelalaian manusia. Apapun, mereka telah mencipta kawalan kestabilan yang mana ia terbukti dapat mengurangkan kadar kemalangan dengan begitu drastik sekali.

Zaman sekarang, kawalan kestabilan adalah antara ciri yang wajib ada pada sistem keselamatan sesebuah kenderaan. Tetapi untuk anda yang hendak berjimat, dalam pasaran terpakai pun anda boleh dapatkan kereta yang ada ciri ini.

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, teknologi ini membantu anda mengelakkan kenderaan daripada terbabas. Untuk makluman anda, situasi sebegini mudah terjadi pada jalan yang licin atau sewaktu anda mengambil selekoh terlalu laju atau secara mengejut. Sistem ini secara amnya berfungsi dengan mengambil data daripada pengesan kelajuan roda dan sudut stereng. Bacaan dari kedua-dua sumber ini boleh tahu sekiranya kereta akan sedang tergelincir atau tidak. Kalau perlu, brek akan diaktifkan dan diagihkan ke roda secara individu. Malah, kuasa enjin juga akan dihadkan supaya kenderaan kembali terkawal.

Jadi, tanpa membuang masa, mari kita lihat 10 kereta terpakai yang ada ciri kawalan kestabilan yang masih layak untuk dibeli melalui pinjaman bank.

1. Kia Picanto JA

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 01

Kereta kompak yang tidak berapa laku ini sebenarnya memberikan pengalaman yang agak premium dan ciri yang dilengkapkan juga ada banyak. Antaranya seperti kemasukan tanpa kunci, butang push-start, lampu depan automatik, 6 pembesar suara dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Apa yang lebih mengagumkan adalah Picanto generasi ini lengkap dengan 6 beg udara, ABS, EBD, bantuan brek dan kawalan kestabilan.

Malah sepanjang keluarannya, Picanto varian GT-Line turut diperbaharui dengan brek kecemasan automatik.

Kalau anda hendak cari kereta kompak terpakai, inilah pilihan terbaik dari segi keselamatan.

Julat harga: RM 37,000 – RM 45,000

Juga bacaPanduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik!

2. Honda City GM6

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 02

Kereta paling laku dalam kelasnya setelah bertahun-tahun, iaitu Honda City sebenarnya pun cukup berbaloi untuk dibeli kerana pakej yang dimiliki cukup lengkap.

Untuk makluman anda, City GM6 tahun 2017 varian 1.5 E dan 1.5 V ada ciri kawalan kestabilan. Sekarang, varian 1.5 E boleh dapat bawah RM 50k tetapi kalau anda pandai, cuba dapatkan varian 1.5 V pada harga sama.

Julat harga: RM 48,000 ke atas

Juga baca

Panduan: Honda City Hybrid (GM7) terpakai kini serendah RM 60k, pilihan terbaik sebelum harga minyak naik?

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k?

3. Honda Jazz

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 03

Kalau anda tidak berapa suka dengan sedan, Honda Jazz juga antara pilihan terbaik. Bagi anda yang belum tahu, Jazz adalah kereta paling laku dalam segmen hatchback bukan nasional dan ciri Ultra Seats yang menjadikan kargo belakang seluas alam juga antara kekuatan kereta kompak ini.

Varian atas seperti 1.5 E dan 1.5 V tahun 2015 ke 2016 sekarang ini berharga lebih kurang RM 50k, tetapi kalau anda pandai berunding, bawah daripada itu pun anda boleh dapat.

Julat harga: RM 48,000 ke atas

Juga bacaPanduan: Honda Jazz Hybrid (GP5) terpakai - dari RM 60k, hatchback hibrid berbaloi simpan?

4. Peugeot 208

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 04

Untuk anda yang bercitarasa kereta kontinental, Peugeot 208 sememangnya antara pilihan paling memikat hati. Walaupun aspek ketahannya boleh bikin gaduh, hatchback yang penuh gaya ini ada kawalan kestabilan. Untuk hatchback Eropah tahun 2018 yang kini hanya RM 45k, cepat-cepatlah sambar.

Julat harga: RM 45,000 – RM 50,000

5. Kia Cerato

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 05

Sewaktu zaman kegemilangannya, Kia Cerato merupakan antara sedan segmen C yang paling berbaloi untuk dibeli. Bukan setakat rupa paras, ruang kabinnya juga cukup luas. Malah pada hari ini, ia masih nampak baru.

Dengan jenama terkemuka dan gril yang nampak megah, ini juga antara pilihan paling masuk akal untuk dibeli.

Julat harga: RM 41,000 – RM 48,000

Juga bacaKia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli?

6. Mazda 2

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 06

Walaupun kabinnya agak sempit, bahan yang diguna pada interior Mazda 2 tetap penuh dengan unsur premium. Malah, reka bentuk dalamnya nampak cukup minimalis. Tetapi bukan setakat itu sahaja. DInamik pemanduan hatchback segmen B ini juga cukup sedap.

Kalau anda berminat, model terpakai tahun 2016 ke 2017 kini boleh didapati bawah harga RM 50k.

Julat harga: RM 47,000 ke atas

7. Mitsubishi ASX facelift 2016 4WD

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 07

Sekarang ini adalah zaman SUV dan untuk mereka yang berminat dengan sesuatu yang kompak tetapi masih ada kawalan kestabilan, Mitsubishi ASX terpakai adalah antara pilihan yang patut dipertimbangkan. Apapun, varian 4WD sahaja yang ada ciri tersebut. Menariknya, varian ini turut lengkap dengan 7 beg udara.

Yang bestnya, harga sekarang ini sudah boleh didapati bawah RM 50,000.

Julat harga RM 47,000 ke atas

Juga bacaMitsubishi ASX tamat pengeluaran, tiada model pengganti?

8. Nissan Sylphy B17

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 08

Dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis yang mendominati pasaran, Nissan Sylphy sebenarnya tenggelam jauh ke dasar laut tetapi bukan dari segi keselesaan. Sebaik sahaja masuk ke dalam atau mula bergerak, anda akan perasan betapa selesanya Nissan Sylphy.

Disebabkan ia tidak berapa popular, harganya cepat jatuh berbanding lambing H dan T.

Julat harga: RM 35,000 – RM 44,000

Juga bacaNissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli?

9. Toyota Vios NSP151

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 09

Kalau anda tak berapa suka dengan i-VTEC, Toyota Vios sahajalah jalan penyelesaiannya. Bagi anda yang belum tahu, sedan segmen B yang legenda ini mampu buat macam-macam.

Lagipun, harganya susah untuk jatuh. Apapun, model facelift yang tiba pada tahun 2016 barulah datang standard dengan kawalan kestabilan walaupun pada varian asas iaitu J.

Satu lagi pembaharuan yang diterapkan adalah enjin baru iaitu unit 2NR-FE yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Yang peliknya, kuasanya lagi rendah berbanding dulu. Namun demikian, Toyota mendakwa bahawa trenkuasa baharu itu 18% lebih menjimatkan.

Julat harga: RM 47,000 ke atas

10. Ford Fiesta

10 kereta terpakai bawah harga RM 50k yang ada kawalan kestabilan, nak jaga pun mudah! 10

Ini geng sama dengan Peugeot 208 tadi iaitu Ford Fiesta. Mereka berdua antara hatchback yang seronok untuk dipandu berbanding buatan Jepun.

Tidak kisahlah varian 1.5 atau EcoBoost, kedua-dua varian kini boleh dibeli pada harga yang cukup menarik tetapi kalau anda takut dengan cara nak menjaganya, ikuti sahaja panduan kami di bawah.

Juga bacaPanduan: Ford Fiesta terpakai serendah RM 12k, hatchback 'conti' murah tapi bermasalah?

Julat harga: RM 24,000 – RM 44,000

Juga baca5 kereta mampu milik dengan kawalan kestabilan elektronik ESC!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda