Mitsubishi Motors Malaysia telah mengesahkan kepada Wapcar.my bahawa Mitsubishi ASX telah ditamatkan pengeluaran sejak Januari 2021. SUV kompak segmen C tersebut telah dilancarkan sejak tahun 2010 lagi.
Mitsubishi Motors Malaysia telah mengesahkan kepada Wapcar.my bahawa Mitsubishi ASX telah ditamatkan pengeluaran sejak Januari 2021. SUV kompak segmen C tersebut telah dilancarkan sejak tahun 2010 lagi.
Ketika ini, tiada model lain yang dilaporkan akan menggantikan Mitsubishi ASX. Bagi pembaca yang tertanya-tanya mengenai Mitsubishi Eclipse Cross, maklumat awal yang diterima adalah model ini juga tidak akan ditawarkan di Malaysia atas faktor harga. Eclipse Cross juga ada ditawarkan di Indonesia.
Sewaktu ditawarkan dalam pasaran, Mitsubishi ASX adalah satu-satunya model dengan pacuan 4WD dengan bumbung ‘panoramic moonroof’ (untuk varian paling atas). Ia juga antara SUV kompak yang sangat selesa untuk dipandu.
Ia dijana oleh enjin empat silinder 2.0 liter MIVEC yang menjana sehingga 150 PS kuasa kuda dan 197 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.
Kali terakhir Mitsubishi ASX menerima kemaskini di Malaysia adalah pada tahun 2014 di mana facelift diberikan dengan status pemasangan CKD di kilang pemasangan Tan Chong di Segambut. Status ini telah mengurangkan harganya serendah RM 114k daripada RM 139k.
Model terbaharu Mitsubishi ASX adalah model facelift major tetapi tiada perubahan prestasi yang ditawarkan. ASX dengan rekaan Dynamic Shield tersebut telah dipertontonkan di Tokyo Motor Show pada tahun 2019. Model facelift ini juga tidak akan ditawarkan untuk Malaysia.
Bacaan Lanjut:
Mitsubishi menerima tempahan 9,300 unit Xpander, kekal jenama Top 3 bukan nasional di Malaysia!
Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant!
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2018 Mitsubishi ASX 2WD
Upgrade
Add your car
2022 Proton X70 TGDI Executive 1.5
2021 Perodua Ativa X 1.0
Komen