window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik!

Haris · Jan 16, 2022 02:00 PM

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 01

Sebelum pengenalan Perodua Myvi, Kia Picanto generasi kedua (TA) adalah satu-satunya kereta dalam segmen harganya yang menawarkan ciri keselamatan penuh - 6 beg udara, ABS, EBD, kawalan kestabilan kenderaan, peringatan tali pinggang keledar (4x), dan brek cakera belakang.

Hari ini, dengan harga di bawah RM 25k, ia masih sebuah kenderaan dengan nilai terbaik untuk wang, tahap keselamatan yang terkini dan lebih berkuasa daripada Perodua Axia 1.0E baharu, pada julat harga yang sama.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Picanto ialah jawapan Kia terhadap kenderaan kompak bertaraf global, justeru itu ia juga direka bentuk dengan baik dan menawarkan tahap kualiti yang mengagumkan, pengalaman pemanduan yang menggembirakan dan kebolehpercayaan yang kukuh.

Varian Kia Picanto TA yang dijual di Malaysia

Kia Picanto TA generasi kedua mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2013. Hanya dua varian tersedia pada awalnya iaitu:

  • Picanto MT: RM54,888
  • Picanto AT: RM59,888

Dalam tempoh tersebut, Perodua Myvi 1.5 Extreme (AT) dengan spesifikasi tertinggi dijual lebih daripada RM 59k. Oleh itu, harga yang diminta untuk Kia Picanto ini tidaklah murah, ditambah pula ia lebih kecil dan kurang luas berbanding Myvi memandangkan ia mematuhi saiz segmen A global (supermini jika anda berada di Eropah).

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 01

Di bawah hud depan, Kia Picanto dikuasakan oleh enjin 1.25 liter Kappa yang menghasilkan 86 PS dan 120 Nm tork. Mengikut varian, enjin digandingkan dengan transmisi manual 4-kelajuan atau automatik 5-kelajuan.

Kedua-dua varian mendapat lampu DRL LED, sensor jarak belakang dan lampu depan automatik sebagai standard - suatu ciri moden pada ketika itu.

Varian AT menambah kawalan audio dan telefon yang dikawal pada stereng, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup mula, rim 15-inci dan lampu kabus hadapan.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 02

Model facelift diperkenalkan dengan sambutan suam-suam kuku pada tahun 2016, kerana ramai yang tahu model generasi ketiga (JA) telah dilancarkan di pasaran lain.

Selain bampar depan dan belakang yang direka bentuk semula dan reka bentuk rim  baharu, model facelift menerima kemas kini kecil di bahagian dalam, iaitu gugusan instrumen yang direka semula dan tombol gear yang diperkemas.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 03

Varian mana yang disyorkan, berapa pula kos baik pulih?

Model awal tahun 2014 boleh didapati pada harga serendah RM 20k, dan model tahun 2016 pula berlegar sekitar RM 25k. Namun, ini adalah harga iklan justeru pembeli masih boleh menawar harga atau menganggarkan sedikit 'yuran pengurusan' bergantung kepada pengedar kereta terpakai yang anda dekati.

Memandangkan hanya terdapat dua varian, agak mudah untuk memilih mana yang lebih disyorkan.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 04

Pilih transmisi automatik jika anda memerlukan kemudahan pemanduan dua pedal, atau, ambil manual jika anda boleh memandu dengan 3 pedal.

Hal ini kerana kosnya adalah lebih murah, menawarkan penglibatan pemanduan yang lebih baik dan angka penjimatan yang lebih baik memandangkan transmisinya dan berat kenderaan yang lebih ringan.

Mengapa saya perlu mempertimbangkan Kia Picanto?

Kia Picanto kelihatan comel dan manis dalam pasaran segmen A yang kecil. Oleh itu, jika anda ingin menonjol di lautan Myvi dan Axia, Kia Picanto ialah kenderaam terbaik untuk tampil berbeza. Atau dalam erti kata lain, ini sahaja satu-satunya pilihan lain selain Axia dan Myvi - jika sentiman tak nak jenama nasional anda teguh.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 05

Sebaik sahaja anda masuk ke dalam kabin dan menutup pintu, perasaan pertama ialah betapa baik dan senyapnya kabin Kia Picanto ini.

Ya, masih terdapat plastik di mana-mana - walau bagaimanapun, garis penutup panel, dan kualiti keseluruhan komponen dalaman adalah bagus untuk sebuah kereta kecil, lebih baik daripada Myvi atau Axia dalam aspek tertentu.

Faktor ergonomik juga disusun dengan baik. Kedudukan stereng dan tempat duduk (walaupun untuk pemandu yang lebih tinggi) adalah tepat, dan bacaan kelompok instrumen adalah elegan dan mudah dibaca.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 06

Di bahagian belakang, Kia Picanto jauh lebih kecil daripada Myvi atau Axia. Secara realitinya, hanya empat tempat duduk yang boleh dikatakan selesa untuk perjalanan singkat, tetapi Myvi lebih selesa untuk perjalanan balik-kampung yang lebih jauh.

Enjin empat silinder 1.25 liter Kappa dengan 86 PS / 120 Nm yang mempunyai injap pemasaan berubah-ubah (variable valve timing) menawarkan prestasi mantap dan penjimatan bahan api yang baik.

Penjimatan bahan api Kia Picanto manual adalah sekitar dari 7.8 L hingga 8.2 L /100km, manakala varian automatik biasanya akan memberikan 8.4 L hingga 9.0 L /100km dengan pemanduan biasa di dunia nyata. Penggunaan bahan api ini adalah setanding dengan Perodua Myvi 1.3L.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 07

Enjin kecil ini suka ditekan-tekan dan menawarkan tork yang sangat baik dalam julat rpm rendah untuk memudahkan pemandu bergerak dalam trafik bandar atau bukit.

Hantaran kuasa enjin adalah linear dan menawarkan kuasa yang boleh dikendalikan walaupun hanya sekitar 1,800 rpm sehingga 6,000 rpm – oleh itu, jika anda sedang mencari keseronokan pemanduan hujung minggu, Picanto mampu menawarkannya.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 08

Transmisi automatik 4-kelajuan konvensional tiada cacat cela; nisbah gear dipadankan dengan baik untuk pemanduan bandar dan tersebar dengan cukup untuk anda mengekalkan had laju di lebuh raya.

Transmisi manual 5-kelajuan yang lancar pula menawarkan pemanduan yang lebih menarik serta penjimatan bahan api yang lebih baik.

Kelemahan Kia Picanto TA

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 09

Di Wapcar, kita bukan hanya menceritakan sisi baik sahaja. Kia Picanto ini misalnya, mempunyai tangki minyak yang agak kecil, hanya 35 liter dari kosong ke penuh. Untuk kapasiti tersebut, ia hanya menawarkan kira-kira 340 hingga 375 km jarak pemanduan sekali isi.

Kapasiti but juga menjadi isu. Untuk 292 liter, sebenarnya ia lebih besar daripada Perodua Myvi generasi kedua dengan 208 liter (atau 260 liter pada Axia) tetapi, Myvi masih mengalahkan Kia Picanto kerana susun atur but Toyota Perodua adalah lebih luas dan lebih panjang.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 10

But belakang Kia Picanto

Sebilangan besar pemilik juga menyedari bahawa sistem audio dalam Kia Picanto kurang memuaskan. Walaupun mempunyai enam pembesar suara (dalam varian 1.2 AT) kualiti audio pembesar suara kecil tidak sebagus yang dijangkakan, varian manual yang lebih murah dengan hanya empat pembesar suara malah lebih teruk.

Perkara yang perlu diberi perhatian apabila membeli Kia Picanto TA?

Senarai semak sebelum membeli Picanto tidak jauh berbeza daripada membeli mana-mana kereta segmen A atau B yang lain.

Perhatikan keadaan keseluruhan cat dan lihat kereta di bawah cahaya matahari yang baik.

Dengan mana-mana kereta kecil, tanda-tanda perlanggaran sebelum ini paling mudah dikesan melalui celah panel yang tidak konsisten. Ia adalah perkara biasa untuk jurang ini mungkin mengecil atau melebar dari satu titik ke satu titik, tetapi semak untuk melihat sama ada ia adalah sama di sebelah lain.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 11

Jurang panel yang tidak sejajar boleh menjadi tanda baik pulih kerosakan

Di bahagian dalam, Kia Picanto agak bebas daripada isu. Cuba uji unit kepala audio, tingkap kuasa dan kawalan yang dipasang pada stereng untuk melihat sama ada ia berfungsi dengan baik.

Kia Picanto TA dipasang dengan kedua-dua sistem A/C dan pemanas, oleh itu putar dail termostat untuk memastikan udara sejuk dan panas dihembus keluar.

Semak untuk melihat sama ada sistem aircond telah diservis mengikut keperluan kerana pemampat (compressor) penyaman udara tidak murah.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 12

Di bawah hud, periksa tanda-tanda wap minyak di bahagian penutup injap. Tarik keluar dipstick dan periksa warna minyak enjin juga.

Pada masa yang sama, semak tanda-tanda pembentukan serbuk hijau keputihan (pengoksidaan) di sekitar terminal bateri. Ini adalah tanda bateri yang semakin tua di samping alternator yang tidak berfungsi.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 13

Sistem stereng kuasa elektronik Kia Picanto meletakkan beban voltan yang tinggi pada bateri. Oleh itu, adalah biasa untuk bateri menjadi lemah selepas setahun atau lebih.

Daripada pengalaman peribadi, menggunakan bateri dengan ampere yang lebih tinggi - seperti 50 Ah atau 60 Ah - berbanding bateri ampere biasa 35 Ah menyelesaikan masalah kerana ia boleh mengendalikan keperluan voltan kereta dengan lebih baik.

Adalah disyorkan untuk memeriksa bahagian bawah kereta untuk tanda-tanda haus dan lusuh – perhatikan kebocoran minyak di bahagian bawah enjin, transmisi dan antara enjin dan transmisi. Isu ini jarang berlaku tetapi adalah sebaiknya untuk memastikan.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 14

Akhir sekali, lihat dengan baik pada aci pemacu (driveshaft), penutup habuk penyerap hentak dan sesendal (bushings) suspensi; ini adalah punca biasa bunyi krek dan kualiti tunggangan yang berkurangan dengan Picanto.

Walaupun kebanyakan kereta Korea moden dibina dengan baik seperti kereta Jepun, masih terdapat beberapa isu kualiti binaan yang melanda Kia Picanto TA.

Jadual berikut menangani isu ini dan kos baik pulih yang relatif.

Masalah biasa Kia Picanto TA 
Komponen Simptom Kos baik pulih (RM)
Sensor pad brek Amaran ABS 80 (x 2)
Sensor O2 Amaran periksa enjin 350
Tingkap kuasa Motor tersekat 200 (OEM)
Pintu hac belakang Butang bukaan rosak 200
Penutup habuk penyerap hentak Bunyi krek 250
Engsel kerusi belakang Bunyi ketukan DIY
Pautan suspensi belakang Bunyi ketukan 150

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 15

Engsel tempat duduk belakang yang berbunyi boleh diselesaikan dengan membalut engsel dengan pita nilon. Kredit: FB @ Zenyu Loh

Terdapat kes, walaupun jarang berlaku dalam varian automatik, tergelincir semasa menukar gear. Puncanya dikenali sebagai cincin penahan klac yang usang.

Baik pulih diketahui menelan kos di bawah RM 1,500 dalam kes ini.

Selain itu, penyelenggaraan Kia Picanto tidak jauh berbeza dari segi harga dan kerumitan berbanding Perodua Axia atau Myvi.

Kos penyelenggaraan Kia Picanto TA
Varian 1.25 MT 1.25 AT
Cukai jalan (RM) 70 70
Saiz tayar 165/60
R14
175/55
R15
Tayar/biji (RM) 135 160
Servis minor (10k km) 250 250
Servis major (50k km) 450 600

Konklusi

Tidak kira sama ada ia kereta kecil atau besar, keselamatan harus menjadi aspek utama dalam keputusan pembelian anda. Memandangkan penarafan Euro NCAP empat bintang (ASEAN NCAP lima bintang), Kia Picanto TA ialah sebuah kereta kecil yang besar pada keselamatan.

Memandangkan harganya yang agak murah, Kia Picanto TA menawarkan pakej yang menarik dari segi keselamatan, praktikaliti dan keselesaan terutamanya untuk pemandu kali pertama atau sebagai kereta kedua untuk keluarga.

Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik! 16

Selain itu, pakej trenkuasa yang mantap dan dinamik pemanduan yang menyeronokkan pada Kia Picanto juga bermakna ia adalah hatchback kompak yang boleh dinikmati walaupun oleh peminat kereta yang memandu di jalan yang berliku.

Oleh itu, walaupun ia dianggap sebagai pilihan bukan arus perdana, pembeli boleh menghargainya atas sebab yang sama seperti Perodua Myvi atau Axia terpakai, oleh itu ia harus menjadi pertimbangan yang kompetitif untuk mana-mana pembeli kereta terpakai pada titik harga ini.

  • 2018 Kia PICANTO EX 1.2

    RM 38,300
    RM 469
    /bulan

    31,381 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2018 Kia PICANTO EX 1.2

    RM 41,500
    RM 435
    /bulan

    73,704 km

    6 years

    Cheras

  • 2014 Kia PICANTO TA 1.2

    RM 25,000
    RM 274
    /bulan

    104,709 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda