Kia Picanto terpakai masih RM 44k, alternatif Axia tetapi kenapa masih mahal?
Haris · Mar 4, 2023 02:00 PM
0
0
Kia Picantogenerasi ketiga dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018 dengan kemas kini penting berbanding model sebelumnya. Hatchback segmen-A ini menampilkan rekaan luaran dan dalaman yang menyasarkan pembeli global, serta enjin yang lebih mantap berbanding Axia.
Kia Picanto masih boleh didapati di Malaysia secara terpakai dan terus menjadi pilihan popular bagi mereka yang mencari kereta urban yang berpatutan dan praktikal.
Bagi kebanyakan pembeli kereta kecil, Kia Picanto adalah satu-satunya pilihan bukan nasional apabila mencari kenderaan dalam segmen yang dikuasai oleh Perodua Axia.
Hari ini, Kia Picanto masih boleh didapati di Malaysia dan terus menjadi pilihan popular bagi mereka yang mencari kereta bandar yang berpatutan dan praktikal. Ia boleh didapati dalam 2 tahap trim - EX dan GT-Line.
Sebagai konteks, Perodua Axia baharu 2023 baru sahaja tiba pada tahap kelengkapan Kia Picanto EX iaitu dengan 6 beg udara, kamera undur, HSA dan sistem infotainment skrin sesentuh yang sudah ditawarkan oleh Picanto sejak sekian lama.
Namun, bagi varian Kia Picanto GT-Line yang masih mengekalkan susut nilai kukuh, kelengkapannya masih jauh daripada penawaran ciri tahap Myvi dengan ciri seperti kit badan GT-Line, Cruise Control dan bumbung suria.
Jumlah Kia Picanto di atas jalan juga tidak sebanyak seperti... Mitsubishi namun bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan kecil yang mantap dan sarat dengan ciri kelengkapan, tentulah ada harga yang mahal perlu dibayar untuknya.
Senarai Kia Picanto terpakai agak sukar dijumpai justeru selalulah layari laman web Carsome ini untuk mencari model yang sudah dihentikan jualan sejak 2020 ini.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.