window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan!

Haris Β· Jul 3, 2022 11:59 AM

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 01

Seperti pita kaset dan piring hitam yang wujud sebelum ini, transmisi manual tidak lama lagi akan menjadi 'rare' atau sekadar 'mainan' mahal untuk pembeli kereta mewah yang mampu membeli kenderaan berprestasi tinggi seperti GR Toyota Yaris atau Honda Civic Type R.

Seolah tercatat di suratan takdir, transmisi automatik menguasai carta jualan kita dan dengan kemunculan rangkaian kuasa hibrid, PHEV dan EV baharu yang tidak lagi menggunakan transmisi manual. Namun, bagi sesetengah orang, menukar gear dan sensasi kawalan penuh ke atas prestasi kereta sangat mengasyikkan. Sama seperti peminat motosikal tidak berdinding - mengendalikan kenderaan ringkas amat mengujakan dan sukar untuk diungkapkan.

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 02

Manual kini mahal, bukan paling murah

Jika anda ada terfikir dah tak banyak kereta manual yang murah untuk dimiliki, menyeronokkan untuk dipandu dan cukup pantas untuk standard hari ini - mungkin anda silap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di sini kami senaraikan 5 kereta manual, kesemuanya berumur 10 tahun atau kurang dan masih layak untuk mendapatkan pinjaman sewa beli, dijamin akan memberikan senyuman di wajah anda tanpa bebanan kewangan.

Kia Picanto 1.2L (MT)

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 01

Bagus sangat ke Kia? Manual pula tu? Ya, Kia Picanto (TA) generasi kedua adalah antara permata yang tidak dihargai - jika anda boleh melihat selain model popular Axia atau Myvi yang cukup banyak di atas jalan - Kia menawarkan reka bentuk yang hebat, kualiti binaan yang jauh lebih baik dan tujahan kuasa yang sangat cekap.

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 02

Hanya 1,000 unit Kia Picanto TA telah dijual secara tempatan dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar dan tepat, jadi mencari model ini tidaklah terlalu sukar. Enjin 1.2 liternya yang kecil menghasilkan 92 PS dan 120 Nm yang mengagumkan, ditambah dengan beratnya yang hanya kira-kira 900 kg - memberikan sensasi kelajuan yang mengejutkan pada lorong belakang yang lebih mencabar.

Anggaran Harga: RM 20,000 – RM 24,000

Proton Iriz 1.3L and 1.6L (MT)

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 03

Ini mungkin model kegemaran peribadi penulis namun ia tetap layak untuk berada di sini. Walaupun Iriz tidak begitu popular atau berjaya seperti Perodua Myvi, Proton Iriz adalah hatchback pilihan jika anda mencari pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan menarik. Selain murah untuk dimiliki dan diselenggara, Iriz juga menawarkan ciri kelengkapan dan tahap keselamatan yang baik.

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 04

Kebanyakan yang boleh ditemui ditawarkan dengan enjin 1.3 liter (95 PS / 120 Nm) namun jika nasib baik, model 1.6 manual adalah lebih mengujakan. Ia mengimbau kuasa yang ditawarkan pada Proton Waja namun dengan rekaan overhang yang lebih pendek lantas menawarkan pemanduan yang jauh lebih menggiurkan.

Anggaran harga: RM 15,000 – RM 25,000

Toyota Vios 1.5 J

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 05

Toyota Vios (NCP 150) varian pengenalan mungkin tidak akan berada pada kedudukan tinggi dalam senarai peminat kereta tetapi ia juga sebuah permata yang tak didendang. Menggunakan enjin yang tahan lasak dan terbukti, transmisi manual 5-kelajuan pada Vios yang lancar dengan talaan pemanduan yang disusun baik. Di tangan yang betul, Vios 1.5 J adalah sebuah kenderaan yang agak pantas.

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 06

Terima kasih kepada Toyota Vios Challenge, rakyat Malaysia kini memahami betapa teguh dan hebatnya model Vios ini di landasan yang betul walaupun dengan hanya beberapa pengubahsuaian aksesori kecil.

Angka kuasanya juga tidak terlalu rendah, dengan 4-silinder  1.5 liter 1NZ-FE menghasilkan 109 PS dan 141 Nm. Model facelift tahun 2016 dan ke atas menerima 2NR-FE yang lebih terkini tetapi kurang kuasa (107 PS / 140 Nm).

Anggaran harga: RM 38,000 – RM 47,000

Honda CR-Z 1.5L Hybrid (MT)

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 07

Honda CR-Z menggabungkan kecekapan hibrid dan keseronokan pemanduan dalam satu pakej bergaya. Kira-kira 12 tahun kemudian, CR-Z kekal sebagai pilihan yang menarik untuk mana-mana peminat kereta dengan transmisi manual 6-kelajuan, reka bentuk yang menarik dan prestasi pemanduan Honda.

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 08

Mula diperkenalkan pada 2011, CR-Z menampilkan 4-silinder 1.5 liter 114 PS /145 Nm yang dibantu oleh motor elektrik 14 PS / 78 Nm untuk output gabungan 124 PS dan 174 Nm.

Model facelift 2013 menukar bateri Ni-MH (Nickel Metal Hydride) yang lebih lama untuk bateri litium-ion 18.8 kW dan motor elektrik 20 PS / 78 Nm yang lebih kuat untuk gabungan 136 PS dan 190 Nm - masih boleh didapati dalam pasaran terpakai.

Anggaran harga: RM 34,000 – RM 50,000

Proton Inspira 1.8L (MT)

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 09

Sebuah lagi model Proton selayaknya berada di sini tetapi bukan Satria cabuk. Pilihan yang lebih baik adalah Proton Inspira 1.8 Manual. Dilancarkan pada tahun 2010, model yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini ditawarkan dalam pilihan 2.0L dan 1.8L, dengan transmisi CVT atau manual 5 kelajuan.

Panduan: 5 kereta manual bawah RM 50k - murah, mudah, jimat dan menyeronokkan! 10

Varian 1.8L menampilkan 4-silinder 4B10 dari Mitsubishi yang menghasilkan 140 PS dan 177 Nm tork (kurang sedikit daripada enjin 2.0L dengan 150 PS / 197 Nm).

Walaupun kuasa yang ditawarkan 1.8L tidak begitu tinggi, casis yang tegar, manual 5 kelajuan dan stereng yang tepat memberikan Proton Inspira 1.8L kepantasan dan ketenangan yang baik di mana-mana jalan.

Anggaran harga: RM 23,000 – RM 34,000

Baca: Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 

  • 2015 Proton IRIZ EXECUTIVE 1.6

    RM 23,900
    RM 285
    /bulan

    111,417 km

    8.5 years

    Petaling Jaya

  • 2015 Proton IRIZ PREMIUM 1.6

    RM 29,500
    RM 323
    /bulan

    72,999 km

    8.5 years

    Petaling Jaya

  • 2015 Proton IRIZ EXECUTIVE 1.3

    RM 23,200
    RM 254
    /bulan

    56,305 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2018 Kia PICANTO EX 1.2

    RM 38,300
    RM 469
    /bulan

    31,381 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2018 Kia PICANTO EX 1.2

    RM 41,500
    RM 435
    /bulan

    73,704 km

    6 years

    Cheras

  • 2014 Kia PICANTO TA 1.2

    RM 25,000
    RM 274
    /bulan

    104,709 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

  • 2013 Proton INSPIRA PREMIUM 2.0

    RM 40,900
    RM 448
    /bulan

    89,433 km

    10.5 years

    Bayan Lepas

  • 2014 Proton INSPIRA PREMIUM CVT 2.0

    RM 43,400
    RM 481
    /bulan

    143,891 km

    9 years

    Melaka

  • 2013 Proton INSPIRA CVT 2.0

    RM 38,900
    RM 426
    /bulan

    110,407 km

    10.5 years

    Melaka

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 54,500
    RM 572
    /bulan

    68,030 km

    7 years

    Cheras

  • 2019 Toyota VIOS E 1.5

    RM 69,900
    RM 733
    /bulan

    14,011 km

    5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 48,200
    RM 561
    /bulan

    98,931 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda