window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k!

Haris ยท Jun 9, 2020 01:45 PM

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k! 01

Seperti yang anda ketahui, kerajaan telah mengumumkan mengenai pengecualian cukai penjualan 10% untuk kereta yang dipasang dalam negara (CKD). Sementara itu, kereta yang diimport (CBU) akan menerima pengurangan separuh cukai penjualan menjadi 5%. Pengecualian / pengurangan cukai jualan dikenakan dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Penjelasan panjang mengenai pelaksanaan insentif ini masih belum jelas, mungkin bakal dijelaskan dalam masa akan terdekat. Sebagai contoh, adakah tarikh mula/akhir akan ditentukan berdasarkan tarikh pendaftaran kenderaan atau tarikh deposit dibayar?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peniaga tentunya akan menghadapi masalah untuk memberi penjelasan kepada pelanggan atas kekurangan penjelasan daripada pihak kerajaan.

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k! 01

Pengecualian cukai hanya tertakluk kepada kereta pemasangan tempatan yang baru sahaja. Kereta terpakai dan kereta recond tidak memenuhi syarat untuk pengecualian / pengurangan cukai jualan sementara ini.

Kembali ke soalan utama - berapa banyak penjimatan yang dapat dijangkakan secara realistik? Senang cerita, tidaklah begitu banyak.

Cukai penjualan 10 peratus hanya merupakan sebahagian kecil daripada harga kereta baru. Sebahagian besar harga kenderaan adalah dari duti eksais dan cukai import, kedua-duanya tidak berubah.

Jika dikira secara mudah, 10% daripada RM 50,000 hanya RM 5,000 manakala 10% daripada RM 200,000 adalah RM 20,000. Oleh itu, melainkan anda membeli kereta mewah, jumlah penjimatan tidak banyak berbeza dengan promosi bermusim yang diberikan oleh peniaga.

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k! 02

Selain itu, berdasarkan cara kiraan struktur cukai jualan, pengurangan harga sebenar jauh lebih rendah daripada 10%.

Ketika artikel ini ditulis, tiada syarikat kereta yang sudah mengumumkan senarai harga baru secara rasmi. Kekurangan penjelasan daripada pihak kerajaan apatah lagi struktur harga kereta yang turut memerlukan maklum balas dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam menyebabkan kelewatan pengumuman harga baru kereta ini.

Kami menjangkakan tiada harga baru akan diumumkan hinggalah hujung minggu ini.

Walaubagaimanapun, anda boleh membuat anggaran kasar berdasarkan perbezaan harga ketika tempoh peralihan GST 0% dan SST 0% pada tahun 2018.

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k! 03

Sebagai contoh Perodua, perbezaan harga untuk spesifikasi Axia paling tinggi hanyalah RM 1,230. Untuk spesifikasi Myvi paling tinggi iaitu varian Myvi 1.5L Advance, perbezaannya hanyalah RM 1,904.

Kereta mewah seperti Mercedes-Benz E200, seperti yang dijelaskan, melihat perbezaan yang lebih ketara iaitu RM 13,859.

Senarai kereta CKD yang layak mendapat potongan cukai boleh didapati di sini.

Di bawah ini adalah anggaran mudah mengenai jumlah penjimatan yang dapat boleh didapati apabila membeli salah satu model CKD popular berikut. Anggaran ini hanyalah anggaran berdasarkan perbezaan antara tempoh peralihan GST 0% ke SST 0% pada tahun 2018. Perbezaan harga sebenar mungkin lebih rendah, terutama lagi untuk model EEV.

Perodua Axia: sehingga ~RM 1,200

Perodua Bezza: sehingga ~RM 1,300

Perodua Myvi: sehingga ~RM 1,900

Perodua Alza: sehingga ~RM 2,800

Proton Saga: sehingga ~RM 1,500

Proton Persona: sehingga ~RM 2,000

Proton Exora: sehingga ~RM 3,000

Proton X70: tiada pada tahun 2018, berkemungkinan sehingga ~RM 5,000

Toyota Vios: sehingga ~RM 4,300

Toyota Yaris: tiada pada tahun 2018, berkemungkinan sama dengan Vios

Toyota Hilux: sehingga ~RM 11,000

Toyota Innova: sehingga ~RM 7,000

Toyota Fortuner: sehingga ~RM 9,500

Honda City: sehingga ~RM 2,800

Honda Jazz: sehingga ~RM 2,700

Honda BR-V: sehingga ~RM 2,700

Honda HR-V: sehingga ~RM 4,000

Honda Civic: sehingga RM 4,200

Honda Accord: 1.5 TC-P tiada pada tahun 2018, dianggarkan sehingga ~RM 8,000

Honda CR-V: sehingga ~RM 7,000

Mazda CX-5: sehingga ~RM 8,000

BMW 320i/330i: tiada pada tahun 2018, berkemungkinan sehingga ~RM 12,000

BMW 530e: sehingga ~RM 4,000

BMW 530i: sehingga ~RM 13,000

Mercedes-Benz C200/C300: Model sebelum facelift dijual pada 2018, dianggarkan sehingga ~RM 13,000

Mercedes-Benz E200: sehingga ~RM 14,000

Kereta terkenal yang dipasang di Thailand dan Indonesia seperti  Ford RangerMitsubishi TritonToyota CamryToyota Corolla AltisMazda 2Subaru Forester dan Toyota Avanza mungkin menerima sedikit sahaja pengurangan harga.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda