Gelanggang baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Mandalika sememangnya cukup mempesona. Dibina di tepian pantai yang indah, ia memberikan rasa bangga buat rakyat Indonesia.
Sekalipun berlangsung dalam keadaan hujan, penganjuran perlumbaan sulung GP Indonesia di venue berkenaan pada minggu lalu dianggap berjaya dan mendapat pujian menggunung.
Juga baca: MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium!
Tetapi sebagai venue baharu, penganjurannya masih belum dianggap sempurna dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan oleh Mandalika terutama membabitkan kemudahan kepada penonton yang membanjiri litar berkenaan.
Memetik laporan media seberang, sekalipun perlumbaan MotoGP berakhir sekitar jam 5.30 petang, ribuan penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan di litar terkandas sehingga hampir tengah malam.
Perkembangan kurang menyenangkan itu terlihat menerusi video yang dikongsikan di laman sosial yang kemudian tular.
Antara punca kejadian itu berlaku adalah disebabkan kekurangan khidmat bas penghantar.
Juga baca: Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'!
Ia jelas mencetus kemarahan malah ada penonton yang sanggup berjalan kaki daripada menunggu bas yang tidak diketahui bila akan tiba.
"Kami membayar Rp 2.5 juta (RM 734) seorang tapi nampaknya kami dibiarkan," kata seorang penonton yang tidak diketahui namanya.
"Kata penganjur penonton yang datang sampai 60 ribu orang, tetapi bas hanya ada berapa saja, adakah mereka tidak boleh berfikir."
Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}