window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'!

Khairil ยท Mar 21, 2022 05:00 PM

Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'! 01

Selain aksi perlumbaan di atas litar, apa yang turut menjadi 'buah mulut' ketika perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Indonesia 2022 yang berlangsung semalam adalah kelibat 'bomoh hujan'.

Seperti dibimbangkan atau sudah diramal pusat kaji cuaca, hujan mula membasahi Litar Mandalika pada penghujung perlumbaan Moto2 dan ia semakin lebat menjelang perlumbaan elit dan ditunggu-tunggu, MotoGP.

Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'! 01

Susulan hujan lebat yang turut menyaksikan bintang Honda, Marc Marquez mengalami kemalangan ketika sesi pemanas badan, penganjur memutuskan untuk menangguhkan perlumbaan dan bertindak memanggil bomoh hujan.

Tanpa mahu berselindung menggunakan khidmat 'ghaib' itu, penganjur turut memaparkan ritual itu secara langsung dan di seluruh laman sosial rasminya.

Memetik laporan media seberang, ‘bomoh hujan’ itu dikenali sebagai Raden Rara Istiani Wulandari dan tugas rasminya adalah mengawal cuaca pada hari penganjuran MotoGP GP Indonesia di Mandalika.

Berasal dari Yogyakarta, Raden Rara dibayar oleh Pusat Pembangunan Pelancongan Indonesia dan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) untuk mengurus ‘cuaca’ sepanjang kejauraan berlangsung.

Juga baca: Kemaruk nak 'unboxing' menjelang WSBK di Mandalika, bos Ducati mengamuk!

Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'! 02

Dan kelibatnya di atas litar memang menjadi perhatian. Sambil membawa mangkuk berwarna keemasan dan pengetuk, Raden Rara berjalan di sekitar litar tanpa memakai sepatu dan membaca mantera.

Dan anehnya atau tidak, hujan lebat akhirnya berhenti selepas tertangguh selama 1 jam 15 minit sekaligus memberi peluang untuk perlumbaan diteruskan.

Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'! 03

Berdasarkan laporan Kompas, Raden Rara sudah bekerja selama 21 hari bagi memastikan perjalanan penganjuran GP Indonesia 2022 berjalan lancar.

Juga baca: 'Kepakaran' Malaysia ditagih, SIC hantar staf, marshal bantu Litar Mandalika anjur MotoGP Indonesia!

Kelibat 'bomoh hujan' di MotoGP Indonesia jadi bualan, aksi di Mandalika tetap 'basah'! 04

Dan untuk tugasnya itu, dia diberikan bayaran yang agak lumayan iaitu Rp 5 juta atau kira-kira RM 1.5k sehari dan diminta bekerja tidak kira siang ataupun malam.

Selain mengawal cuaca, antara tugas Raden Rara adalah mengawal suhu di litar. Sekalipun Indonesia sejak dulu terkenal dengan pelbagai ritual pelik, namun gelagat Raden Rara tetap mengundang reaksi yang pelbagai daripada warganet di negara berkenaan.

Juga baca: Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda