Ketika Elon Musk memulakan semula perbincangan dengan kerajaan Indonesia mengenai penubuhan hab bateri Tesla di Nusantara (sambil menikmati gula-gula Kopiko), Perdana Menteri kita Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuba menarik perhatian pelabur Amerika ke Malaysia di Washington DC.
Perdana Menteri yang kini dalam lawatan rasminya ke persidangan US-ASEAN mengalu-alukan syarikat terutamanya yang tersenarai dalam Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka dalam sektor digital ekonomi termasuk teknologi hijau dan kenderaan elektrik (EV).
Beliau memberitahu wartawan Malaysia bahawa antara nama yang dicadangkan ialah Tesla selepas pertemuan dengan Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) pada Rabu, 11-Mei 2022.
Dalam erti kata lain, PM Ismail Sabri tidak bercakap secara langsung dengan mana-mana wakil dari Tesla tetapi sebaliknya hanya melalui dewan perniagaan (Business Council).
Baca: Harga minyak naik paksa rakyat Thailand beralih ke EV, tempahan naik 20% untuk kenderaan EV baharu!
Dato' Sri Ismail Sabri sedang dalam lawatan kerja 4 hari ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN. AS-ABC menganggap Malaysia sebagai rakan dagang penting Amerika Syarikat, ujar Perdana Menteri.
Walaupun Malaysia cuba menarik pelabur EV dari negara-negara maju seperti AS, kadar penggunaan EV masih rendah di sini. Kebanyakan kenderaan elektrik yang sedang dijual berada di luar jangkauan pembeli biasa dan situasi ini juga serupa di kebanyakan pasaran ASEAN.
Namun, mampukah Malaysia membuktikan cadangan perniagaan yang baik untuk Elon Musk? Jika Indonesia mempunyai Kopiko, kita mungkin boleh menawarkan rasuah Super Ring untuk dinikmati Elon.
Baca: MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}