window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga minyak naik paksa rakyat Thailand beralih ke EV, tempahan naik 20% untuk kenderaan EV baharu!

Haris · Apr 5, 2022 06:00 PM

Harga minyak naik paksa rakyat Thailand beralih ke EV, tempahan naik 20% untuk kenderaan EV baharu! 01

Ketika rakyat negara jiran selatan dilihat mencuri-curi minyak dari negara kita, rakyat di negara jiran utara pula melangkaui semua kenaikan harga minyak dunia dengan beralih terus ke kenderaan elektrik (EV).

Menurut laporan Utusan, pihak penganjur Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2022 telah mengumumkan bahawa tahun ini menyaksikan kenaikan tempahan bagi kenderaan elektrik di Thailand.

Tambah pihak penganjur lagi, terdapat peningkatan sebanyak 20% tempahan untuk kenderaan elektrik (EV) yang dipesan pada pameran tersebut berbanding tahun lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand!

Harga minyak naik paksa rakyat Thailand beralih ke EV, tempahan naik 20% untuk kenderaan EV baharu! 01

Jelasnya, ramai penduduk Thailand kini beralih kepada EV berikutan perubahan global dan kenaikan harga bahan api.

“Secara keseluruhannya, EV adalah trend yang agak besar. Sebelum pameran motor dianjurkan, kerajaan mengumumkan beberapa langkah untuk mengurangkan cukai bagi kenderaan elektrik mampu milik.

“Harga petrol semakin mahal dan trend global kini berubah kepada kenderaan elektrik,” katanya.

Kerajaan Thailand mula mengumumkan subsidi untuk beberapa EV pada awal tahun ini.

Langkah itu dibuat ketika penduduk Thailand berdepan harga bahan api yang melambung tinggi, dengan kerajaan melindungi golongan berpendapatan rendah dengan membekukan harga runcit diesel pada 22 Mac lalu.

Baca: Bajet Thailand untuk subsidi minyak diesel dah ‘pokai’, kini runding dengan Arab Saudi

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia