window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak

Mersita ยท Mar 29, 2022 09:00 AM

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 01

Ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Automotive Association (MAA) baru-baru ini, MAA telah mendedahkan beberapa data jualan terperinci tambahan bagi Januari 2022 pada media. Kali ini, organisasi berkenaan telah mengumpulkan data jualan kenderaan di seluruh rantau ASEAN – termasuklah jualan kenderaan elektrik (EV).

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 02

Bagaimanapun, data dikumpulkan MAA tidak lengkap kerana ada beberapa negara saja yang mengumpul data jualan bulanan bagi EV. Misalnya, Thailand hanya menyerahkan data jualan EVnya tiga bulan sekali manakala pasaran-pasaran lain seperti Singapura dan Vietnam belum mengumpul data jualan EV di negara mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 01

Negara yang telah menyenaraikan data jualan EV termasuklah Malaysia dan Indonesia – dengan jualan masing-masing 10 unit dan 36 unit pada Januari 2022. Walaupun dari sini nampak seperti Malaysia ‘kalah’ lagi dengan negara jiran, perlu diingatkan yang pasaran otomotif Indonesia adalah lebih besar berbanding pasaran kita.

Baca juga: Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 02

E-jeep ditayangkan di ekspo EV di Filipina

Menurut data dikumpulkan MAA, Filipina berjaya menjual 114 unit EV pada bulan sama dan ini meletakkannya di tempat pertama dari segi jumlah jualan EV. Bagaimanapun, angka ini mungkin juga termasuk sekali dengan kenderaan elektrik hybrid (HEV) dan juga kenderaan komersial elektrik.

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 03

Data Jualan Kenderaan di ASEAN Jan 2022
Negara Jualan Keseluruhan (Unit)
Indonesia 84,098
Thailand 69,455
Malaysia 40,581
Vietnam 30,742
Filipina 20,879
Singapura 3,747
Myanmar 1,125

Menurut data jualan tersebut, Indonesia merupakan pasaran kenderaan terbesar di ASEAN bagi bulan Januari dengan 84,098 unit terjual. Ini diikuti dengan Thailand (69,455 unit), Malaysia (40,581 unit), dan Vietnam (30,742 unit). 250,627 unit kenderaan terjual di seluruh ASEAN pada Januari 2022 – kenaikan 25 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 04

DFSK Gelora E, juga dijual di Malaysia sebagai CAM EC35

Perlu diingatkan juga bahawa angka jualan keseluruhan ini adalah termasuk kenderaan penumpang dan juga komersial. Data jualan kenderaan elektrik mungkin juga termasuk EV komersial dan peribadi.

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 05

Kebanyakan stesen-stesen pengecas di sekitar ASEAN masih lagi terhad kepada kawasan urban dan suburban di sekitar bandar-bandar utama seperti ini di Thailand

Bagi jualan EV di rantau ini pula, ia masih agak kecil kerana pembangunan infrastruktur masih belum cukup agresif di sekitar ASEAN. Beberapa kerajaan sudahpun cuba untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dan subsidi bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.

Baca juga: TNB dah sedia untuk EV, tetapi konsumer belum - hanya penggunaan 20% untuk pengecas EV

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 06

Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan yang kenderaan elektrik berbateri (BEV) akan dikecualikan daripada cukai import dan eksais sehingga 2023 bagi kenderaan import (CBU) dan tahun 2025 bagi model dipasang tempatan (CKD).

Baca juga: Bajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak 07

Tambahan pula, pembeli juga layak menikmati rebat cukai pendapatan peribadi sehingga RM 2,500 apabila membeli/menyewa/melanggan servis atau peranti pengecas BEV dan juga pengecualian daripada bayaran cukai jalan (sehingga tahun 2025). Berdasarkan jumlah jualan yang kecil bagi EV (0.02% daripada jualan keseluruhan pada Jan 2022), adakah segala inisiatif ini cukup bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk menerima EV di Malaysia?

Baca juga: Kereta elektrik orang kaya bebas cukai, tapi kereta hybrid marhaen tidak. Ini sebabnya

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda