Isuzu kini nampaknya merancang untuk mengelektrifikasikan barisan kenderaan mereka bagi merealisasikan hasrat syarikat untuk mencapai kadar karbon neutral.
Berdasarkan Mid-Term Business Plan 2024 Progress Report mereka, syarikat itu mendedahkan bahawa kajian mengenai trak pikap elektrik sudahpun dilaksanakan. Maksud elektrik di sini adalah kenderaan elektrik berbateri (BEV) dan hibrid (HEV).
Juga baca: Isuzu Malaysia pecah rekod jualan bulanan sendiri pada Mac 2022 – 1,223 unit D-Max didaftar
Pada masa yang sama, Isuzu juga meletakkan fokus pada trak BEV jenis Light Duty (trak kecil untuk berniaga pasar malam), Medium Duty (trak penghantaran) dan Heavy Duty (treler).
Apapun, Isuzu berancang untuk mengeluarkan BEV Light Duty bermula tahun ini juga. Salah satu daripada matlamat mereka sebenarnya adalah melihat majoriti varian untuk produk utama dikuasai oleh elektrik menjelang tahun 2030.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}