Selepas tampil dengan prestasi dominan di pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 di Buriram, Thailand pada Mac lalu, pelumba negara Md Helmi Azman pasti berharap momentum sama diteruskan hujung minggu ini di Sepang.
Beraksi dalam kelas SuperSport SS600 bersama pasukan Boon Siew Honda Racing Team, prestasi Helmi di Thailand boleh disifatkan cukup baik apabila merangkul gelaran naib juara pada perlumbaan 1 sebelum menaiki podium selaku juara pada perlumbaan 2.
Juga baca: ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang!
Menunggang jentera Honda CBR600RR, Helmi mengakui pencapaian postif yang diraihnya di Buriram bukan sesuatu yuang mudah kerana turut dicabar pelumba-pelumba terbaik di rantau Asia.
"Untuk Pusingan 2, Litar Antarabangsa Sepang memberikan cabaran dari sudut teknikal yang memerlukan pelumba menampilan tunggangan yang berskill dan berkualiti," kata Hemli.
"Sekalipun saya selesa dengan jentera saya, kita akan lihat kesemua pelumba akan memberikan prestasi terbaik mereka untuk pusingan 2.
"Saya berharap saya dapat mengerah jentera saya sepenuhnya seperti perlumbaan sebelum ini, dan ia pastinya memerlukan lebih daripada 100 peratus fokus dan usaha."
Juga baca: Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand!
Pengurus pasukan Zulhelmi Ahmed berkata peluang untuk menguji jentera Honda CBR600RR di Sepang ketika perlumbaan MSBK tahun lalu memberika pasukan itu input yang berharga.
"Saya menjangkakan perlumbaan yang lebih mengujakan pada Pusingan 2 kerana kami mempunyai barisan pelumba yang cukup memahami litar ini. Pasukan kami cukup bermotivasi untuk menyambar kedudukan di podium," katanya.
Podium kelas SS600 di Buriram
Perlumbaan 1
Perlumbaan 2
Sumber imej: FB Helmi Azman
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}