window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang!

Khairil ยท Mar 28, 2022 10:00 AM

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 01

Empat kali Jalur Gemilang berkibar megah di tengah podium pada pusingan pertama perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, minggu lalu.

Paling cemerlang pastinya bekas juara Asia dari pasukan Honda Asia-Dream Racing with Showa, Zaqhwan Zaidi yang merangkul kemenangan pada perlumbaan 1 di kelas elit ASB1000 bersama jenteranya, Honda CBR1000RR-R.

Juga baca: Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 01

Zaqhwan Zaidi

"Ia perlumbaan yang sukar terutama dengan keadaan cuaca yang panas di litar. Saya mengambil pendekatan selangkah demi selangkah dalam mengawal jentera dan kelajuan saya. Satu detik yang mengujakan untuk kembali ke podium," kata Zaqhwan yang turut berjaya menamatkan perlumbaan 2 selaku naib juara.

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 02

Zaqhwan Zaidi

Selain kelas elit, pelumba Malaysia turut meraih kemenangan dalam kelas SS600 menerusi Mohd Helmi Azman dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team.

Juga baca: Akhirnya, ARRC 2021 rasmi dibatalkan

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 03

Mohd Helmi Azman

“Ini adalah kemenangan pertama saya dalam kelas SS600 dan saya akan berusaha keras untuk memenangi lebih banyak lagi perlumbaan pada musim ini.”

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 04

Mohd Helmi Azman

Dalam kelas Underbone 150cc, kedua-dua perlumbaan berjaya dimenangi pelumba Malaysia dengan perlumbaan 1 menjadi milik Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan yang berlumba bersama pasukan Pitsbike JRT OneWay menggunakan jentera Yamaha.

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 05

Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan

“Cukup mencabar untuk kembali ke pentas Asia selepas berehat selama dua tahun. Tetapi pasukan mengekalkan momentum dan bekerja keras untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar bagi membolehkan kami mendapatkan keputusan terbaik," kata Izzat.

Perlumbaan 2 kelas sama pula berjaya diraih oleh Ahmad Afif Amran yang berlumba bersama pasukan Cardinals Racing Team juga menggunakan jentera Yamaha.

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 06

Ahmad Afif Amran

“Pasukan bekerja tanpa mengenal penat dan Lelah sepanjang minggu untuk mendapatkan pelarasan terbaik untuk jentera, memastikan kami mendapatkan masa yang diinginkan. Saya gembira dengan keputusan yang diraih.”

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

ARRC 2022: 4 kali lagu Negaraku dinyanyikan di Buriram, Zaqhwan Zaidi antara tunjuk belang! 07

Ahmad Afif Amran

Sebagai info, saingan ARRC sebelum ini terpaksa 'berehat' selama dua tahun susulan penangan Covid-19.

Podium buat pelumba Malaysia di pusingan 1 ARRC 2022

ASB1000

Perlumbaan 1

  • Juara - Mohd Zaqhwan Zaidi

Perlumbaan 2

  • Naib juara - Mohd Zaqhwan Zaidi

SS600

Perlumbaan 1

  • Naib juara - Md Helmi Azman
  • Ketiga - Mohd Ibrahim Mohd Norrodin 

Perlumbaan 2 

  • Juara - Mohd Helmi Azman
  • Ketiga - Mohd Ibrahim Mohd Norrodin

Underbone 150cc

Perlumbaan 1 

  • Juara - Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan 

Perlumbaan 2

  • Juara - Ahmad Afif Amran 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda