window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand!

Khairil ยท Dec 16, 2021 11:00 AM

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 01

Selepas kempen 2021 dibatalkan susulan 'serangan' Covid-19 di rantau ini, saingan perlumbaan dua roda berprestij Asia, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM bersedia untuk kembali 'beraksi' bagi musim 2022 dengan Litar Antarabangsa Chang, Thailand dijadual menjadi lokasi pembuka tirai.

Berdasarkan jadual sementara yang dikeluarkan penganjur perlumbaan, Two Wheels Motor Racing, sebanyak enam pusingan perlumbaan dan satu sesi ujian rasmi bakal dianjurkan di lima buah negara.

Juga baca: Akhirnya, ARRC 2021 rasmi dibatalkan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 01

Ia termasuk di venue baharu iaitu Litar Antarabangsa Sportsland Sugo di Jepun dengan satu gelanggang masih belum diumumkan lokasinya ketika negara seperti di Indonesia dan Australia tidak disenarai dalam kalendar.

Kempen ARRC 2022 dimulakan dengan ujian rasmi yang mengambil tempat di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada 22 hingga 23 Mac sebelum menghadapi pusingan pertama pada 25 hingga 27 Mac di litar sama.

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 02

Ia kemudian beralih ke Litar Antarabangsa Sepang pada Mei dengan lokasi pusingan ke-3 pada Julai akan diumumkan kemudian.  

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 03

Venue baharu ARRC, Litar Antarabangsa Sportsland Sugo di Jepun bakal menjadi gelanggang pusingan 4 pada Ogos diikuti Litar Antarabangsa Zhuhai, China (September) dan kembali ke Thailand bagi perlumbaan penutup tirai.

Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg selaku promoter mengakui tahun 2020 dan 2021 sebagai amat mencabar bagi pihaknya dan mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pemegang taruh yang terus bersabar dan memahami.

Juga baca: Perlumbaan MotoGP GP Thai 2021 rasmi dibatalkan!

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 04

"Kami berharap untuk kembali ke Bend Motorsport Park, Australia pada 2023 dan berharap keperluan untuk perjalanan antarabangsa ditamatkan. Tetapi apa yang penting, kami tidak sabar untuk perlumbaan pertama ARRC di Sugo." 

Sebelum Sugo, ARRC sebelum ini pernah dianjurkan Jepun dengan litar Autopolis International Race Course dan Litar Suzuka menjadi antara venue perlumbaan.

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 05

Presiden FIM Asia, Stephan Carapiet berjanji badan induk itu akan memberikan sepenuh sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk menjadikan perlumbaan ARRC 2022 sebagai musim terbaik.

“FIM Asia sangat teruja untuk menyaksikan penganjuran semula Kejuaraan Motosikal Asia FIM. Pasti akan ada SOP yang ketat untuk dipatuhi tetapi kami pasti perlumbaan akan dapat menyesuaikan diri dan mengadaptasi situasi dengan baik."

Juga baca: GP Jepun sah dibatalkan musim 2021!

Kalendar perlumbaan ARRC 2022 dah diumum, buka tirai di Thailand! 06

Jadual sementara ARCC 2022:

  • Ujian rasmi - 22-23 Mac, Litar Antarabangsa Chang, Thailand
  • Pusingan 1 - 25-27 Mac, Litar Antarabangsa Chang, Thailand
  • Pusingan 2 - 27-29 Mei, Litar Antarabangsa Sepang
  • Pusingan 3 - 1-3 Julai, (Akan diumumkan kemudian)
  • Pusingan 4 - 12-14 Ogos, Litar Antarabangsa Sportsland Sugo, Jepun
  • Pusingan 5 - 9-11 September, Litar Antarabangsa Zhuhai, China
  • Pusingan 6 - 18-20 November, Litar Antarabangsa Chang, Thailand

Juga baca: MSBK 2021: Honda mengganas di Sepang, Zaqhwan dinobat juara keseluruhan!

Sumber imej: FB Asia Road Racing Championship

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda