Pilihan motosikal untuk penggemar aktiviti motosikal lasak tempatan meningkat apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) secara rasminya melancarkan model 'scrambler' WMoto SX2-300 (2022), hari ini.
Apa yang menarik, seperti 'tagline' MForce, harga yang ditawarkan untuk WMoto SX2-300 cukup mengujakan iaitu RM 18,888, tanpa insuran dan cukai jalan serta tampil dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Merah dan Putih.
Juga baca: WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188
Sebagai info, ketahanan WMoto SX2-300 sememangnya terbukti apabila jentera sama turut berjaya menjadi pilihan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjadi aset baharu dalam memperkasa Op Benteng, tahun lalu.
Mengulas trenkuasa, WMoto SX2-300 dipadankan dengan enjin bersesaran 292.4 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.
Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 28 Hp pada 9,000 rpm dan tork maksimum 25 Nm pada 6,500 rpm.
Tampil dengan reka bentuk terkini yang menarik, WMoto SX2-300 turut dipadankan dengan pelbagai komponen premium dalam kelasnya termasuk penggunaan fork jenis terbalik (USD) untuk tunggang lebih lancar dan sistem lampu LED penuh.
Juga baca: WMoto ES250i 2022 dilancar, gaya moden, futuristik, harga asas RM 13.8k!
Menggunakan kerangka yang kukuh, motosikal ini turut dipadankan dengan penyerap hentak tunggal (belakang) bersama 'Swingarm' berintensiti tinggi yang didakwa MForce memberikan tunggangan yang lebih selesa, lancar dan selamat.
Set roda adalah seperti berikut:
Ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan panel meter LCD, port pengecas USB, 'Hand Guard', pelana yang fleksibel, tangki minyak 11 liter dan turut dipadankan dengan brek cakera tunggal depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Apa yang lebih menarik, sistem ABS di WMoto SX2-300 boleh dinyahaktif apabila pemilik ingin beraksi di atas laluan lasak dan mengaktifkannya semula apabila menggunakannya di atas jalan raya.
Untuk membuktikan kemampuan WMoto SX2-300 (2022) juga, satu sesi tunggang uji turut dilakukan di X-Park Sendayan, Negeri Sembilan yang turut disertai penunggang profesional.
Kepada yang berminat, WMoto SX2-300 sudah pun mula berada di pengedar sah MForce pada har ini dengan jaminan yang diberikan adalah 2 tahun atau perbatuan 20,000 km (mana satu tiba dahulu).
Juga baca: TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}