Berikutan isu subsidi petrol negara yang melanda sejak kebelakangan ini, bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna iaitu Shahril Samad baru-baru ini telah menggesa kerajaan supaya memperkenalkan semula petrol RON93.
Antara sebabnya ialah ia bukan setakat lebih murah, malah petrol di negara kita juga sudah berkualiti tinggi dan tiada plumbum. Untuk pengetahuan anda, harga runcit petroleuam secara mingguan kalau tanpa subsidi ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Juga baca: Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP
Sewaktu memegang jawatan kementerian itu, Shahril ditugaskan untuk mengendalikan harga petrol dan beliau turut menyaksikan harga bahan mentah dunia yang melonjak naik. Disebabkan inilah petrol RON95 diperkenalkan supaya pengguna tidak perlu berbelanja besar dengan RON97. Lagipun ketika itu, subsidi RON95 untuk setiap liter hanyalah 30 sen.
14 tahun kemudian iaitu sekarang, pengguna nampaknya memerlukan alternatif lain seperti RON93 kerana subsidi RON95 sudah meningkat secara luar biasa.
Juga baca: "Mereka yang berhak akan terus terima subsidi" - Proses ganti subsidi minyak sudah bermula
Jadi, adakah anda sanggup guna RON93?
Sumber: MSN
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}