window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Mereka yang berhak akan terus terima subsidi" - Proses ganti subsidi minyak sudah bermula

Mersita ยท Jun 8, 2022 04:00 PM

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, kerajaan Malaysia telah mengkaji semula mekanisme subsidi bahan api yang lebih bersasar berikutan perbelanjaan tinggi yang terpaksa ditanggung negara untuk semua lapisan masyarakat pada tahun ini. Kini, proses penggantian subsidi pukal petrol dan minyak masak kepada mekanisme lebih bersasar sudahpun bermula.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengesahkan perkara ini. Penstrukturan pemberian subsidi bahan api dianggap perlu kerana kewangan negara terbeban dengan jumlah subsidi yang memanfaatkan golongan kaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, kumpulan yang berhak menerima subsidi akan terus menerima subsidi dan lebih cepat ia dilaksanakan, lebih baik kesannya kepada kewangan negara. Pembaharuan subsidi ini akan dilaksanakan keatas empat subsidi utama iaitu gas, minyak masak, petrol, dan diesel.

"Jumlah terbesar adalah petrol khususnya RON95, yang merangkumi sebahagian besar subsidi, jadi akan ada struktur subsidi berbeza,” katanya kepada pemberita Berita Harian. Namun, difahamkan keputusan bagi pelaksanaan subsidi bersasar ini belum dimuktamadkan.

Juga baca: Azmin: Pemilik BMW tak boleh dapat subsidi sama dengan pemilik Kancil, subsidi bahan api tertumpu mungkin dilaksanakan

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata jumlah subsidi bagi tahun 2022 dijangka mencecah RM 71 bilion, dimana RM 30 bilion dari jumlah ini disalur kepada subsidi bahan api. Oleh itu, kerajaan mengenalpasti keperluan untuk mengurangkan jumlah perbelanjaan ini berikutan harga minyak mentah dunia yang melonjak naik.

Difahamkan, harga RON95 di Malaysia dikekalkan pada paras RM 2.05 seliter walaupun harga sebenarnya lebih RM 4 seliter. Jika subsidi bersasar dilaksanakan kelak, agaknya tangga gaji yang mana akan terlepas subsidi?

Juga baca: Subsidi minyak buat orang selesa memandu - patut salur ke pengangkutan awam, EV, setem makanan B40

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda