window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP

Mersita ยท May 25, 2022 11:00 AM

Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP 01

Pengumuman kerajaan berhubung pengenalan subsidi petrol bersasar bagi kumpulan berpendapatan rendah B40 disambut baik oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) disebabkan oleh manfaatnya kepada negara dan ia boleh dilaksanakan dengan baik menggunakan kad subsidi elektronik.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, sistem subsidi sedia ada yang dilaksanakan secara menyeluruh adalah cacat kerana ia memanfaatkan golongan kaya dan kereta mahal juga boleh menggunakan petrol lebih murah iaitu RON 95.

Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ini bermakna subsidi harga petrol akan diagihkan secara tidak sekata antara pelbagai kumpulan pendapatan, dimana mereka yang berpendapatan rendah mendapat manfaat lebih rendah memandangkan mereka lebih cenderung memiliki kenderaan lebih sedikit dengan enjin berkapasiti rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, harga petrol bersubsidi Malaysia iaitu RON 95 adalah antara yang paling murah antara sembilan negara ASEAN. Harga petrol di Malaysia adalah 42.77 peratus lebih murah berbanding Indonesia (RM 4.77), dan 34.34 peratus lebih murah berbanding Thailand (RM 5.94).

Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP 01

Tambahan pula, petrol bersubsidi juga membuka peluang untuk penyelewengan seperti penyeludupan diesel, katanya lagi. Perkara ini sering kita lihat terutamanya di sempadan negara dimana petrol bersubsidi sering tertiris ke negara jiran.

Juga baca: Tiada tindakan tegas, rakyat Singapura terus isi minyak bersubsidi di Malaysia!

Bagi pelaksanaan subsidi bersasar yang lebih sempurna, CAP mencadangkan pihak kerajaan supaya menggunakan sistem kad subsidi elektronik untuk mengagihkan subsidi bersasar kepada kumpulan B40 bagi pembelian RON 95, gas memasak (LPG), minyak masak, dan barangan dengan kawalan harga yang lain-lain.

Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP 02

“Kerajaan boleh mengkreditkan subsidi bulanan minimal yang tetap ke dalam kad subsidi elektronik individu untuk digunakan dalam pembelian petrol, minyak masak, gas memasak, dan apa saja yang kerajaan mahu subsidikan. Bagi membuat pembelian, individu berkenaan hanya perlu menunjukkan IC untuk pengesahan.

Juga baca: Pemberian subsidi minyak harus teliti dan telus, tapi mungkin akan naikkan harga barang keperluan - FOMCA

Subsidi minyak bersasar banyak manfaat, buat sistem kad elektronik untuk B40 - CAP 03

“Kad subsidi elektronik ini cukup mudah untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan sudahpun mempunyai pengkalan data B40 yang menerima pelbagai bantuan kerajaan selama ini dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) juga sepatutnya ada data untuk kumpulan bawahan M40,” katanya lagi.

Selain itu, Mohideen juga menggesa kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam susulan penjimatan yang diperoleh kerajaan dari sistem subsidi bersasar ini.

Juga baca: Azmin: Pemilik BMW tak boleh dapat subsidi sama dengan pemilik Kancil, subsidi bahan api tertumpu mungkin dilaksanakan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda