window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada tindakan tegas, rakyat Singapura terus isi minyak bersubsidi di Malaysia!

Haris ยท May 12, 2022 05:00 PM

Tiada tindakan tegas, rakyat Singapura terus isi minyak bersubsidi di Malaysia! 01

Selepas beberapa bulan pintu sempadan dibuka, rakyat Singapura masih lagi dikesan mengisi minyak petrol bersubsidi di Malaysia.

Dalam satu hantaran di Facebook oleh Dan Leon, seorang pengguna Toyota Vios bernombor plat Singapura telah dikesan melakukan kesalahan tersebut di Petronas Taman Bukit Indah, Johor.

Turut dipuji adalah sikap Dan Leon yang aktif memuatnaik kesalahan berkaitan kenderaan dan penyalahgunaan petrol di kawasan sekitar Johor Bahru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada tindakan tegas, rakyat Singapura terus isi minyak bersubsidi di Malaysia! 01

Walaubagaimanapun, seperti biasa, pemantauan dan penegahan isu ini perlu dilakukan oleh pemilik stesen minyak. Hal ini berdasarkan kes yang sama sebelum ini di mana 2 stesen minyak disiasat kerana membenarkan kenderaan berdaftar nombor plat asing telah mengisi minyak di negara ini.

Oleh disebabkan tiada tindakan terhadap rakyat Singapura yang mengisi minyak di Malaysia, masalah ini kekal berleluasa tanpa sebarang penghujungnya.

Pihak berkuasa Singapura juga telah memainkan peranan dengan mengarahkan kenderaan yang mempunyai minyak petrol di bawah 3/4 tangki supaya berpatah balik ke Singapura.

Baca: Singapura dah arah 30 kenderaan patah balik, kurang 3/4 minyak dalam tangki tak boleh masuk Malaysia!

Tiada tindakan tegas, rakyat Singapura terus isi minyak bersubsidi di Malaysia! 02

Bagi Malaysia, pihak KPDNHEP juga telah mengumumkan untuk meningkatkan rondaan dan pemantauan terhadap pesalah laku ini.

Awal minggu ini Wapcar.my melaporkan bahawa harga petrol di Singapura kini mencecah SGD 3.04 (RM 9.59) hingga SGD 3.10 (RM 9.78) seliter. Harga minyak yang tinggi mencerminkan kebimbangan sekatan ekonomi terhadap negara pengeluar minyak, Rusia.

Malaysia sebenarnya negara ke-11 paling murah di dunia iaitu serendah harga RM 2.05 seliter disebabkan oleh subsidi yang diberikan kerajaan. Singapura pula menjual petrol mengikut harga pasaran semasa di samping perlu membayar cukai minyak. Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka mengambil kesempatan tersebut.

Persoalannya, apa mekanisme terbaik untuk menangani masalah ini?

Baca: Kantoi, dua stesen minyak disiasat gara-gara jual RON95 kepada kenderaan berplat Singapura

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda