Jika anda merupakan peminat kereta secara amnya, tentu anda mengenali model Kia EV6 yang dilaporkan 'barang panas' sebelum ini dek kerana sambutan hangat di peringkat domestik dan global.
Dijangka mempunyai tempoh menunggu sehingga memakan tahun, model Kia EV6 pertama di Malaysia nampaknya telah diserahkan kepada pelanggan, dikenali sebagai Mr Tan sekitar 2 bulan selepas pelancaran.
Model yang dimiliki oleh Mr Tan adalah unit Kia EV6 GT-Line AWD, varian tunggal yang diimport sepenuhnya dari Korea. Menariknya, Kia EV6 pertama Malaysia ini menarik perhatian dengan warna Runway Red, menjadikan 2 warna yang pernah dilihat di atas jalan Malaysia selain Moonscape.
Baca: Kia EV6 - permintaan global tinggi, Malaysia hanya dapat 5 unit, sebelum lancar dah habis licin!
Bateri 77.4 kWh bervoltan tingginya dengan penyejukan cecair mempunyai 4.8 kWh kuasa lebih tinggi berbanding Hyundai Ioniq 5, menghamburkan 325 PS (239 kW) bagi menggerakkan keempat-empat roda. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 5.2 saat, dengan kelajuan maksimum 185 km/j.
Model GT-Line didatangkan dengan rim lebih besar bersaiz 20-inci, bumbung suria, dan sistem bunyi Meridian dengan 14 pembesar suara.
Masa pengecasan melalui pengecas AC 11 kW mengambil masa 7 jam 20 minit daripada 10 hingga 100 peratus.
Di samping itu, seni bina elektrik 400V / 800V yang menyokong Kia EV6 ini mampu melakukan pengecasan pantas DC sehingga 350 kW yang mengecas bateri daripada 10 hingga 80 peratus dalam hanya 18 minit.
Berharga daripada RM 300,668, Kia EV6 didatangkan dengan ciri keselamatan aktif dan pasif. Antaranya:
Baca: Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}