Di sebalik penampilan hebat, 2022 Ford Ranger generasi baharu pertingkat fungsi dan praktikaliti!

Sama ada penjimatan minyak atau keterperincian yang menjadi keutamaan pelanggan, sistem janaan kuasa yang dipilih untuk Ford Ranger generasi baharu akan memberi kebolehan dan prestasi terbaik kepada pemiliknya, ujar Pengurus Program Global Ranger dan Everest, Pritika Maharaj.

Sistem janaan kuasa untuk kerja, keluarga dan riadah

Ranger generasi baharu akan terus menawarkan pilihan enjin turbo tunggal dan Bi-Turbo 2.0 diesel empat-silinder sebaris yang telah terbukti. Versi turbo tunggal menawarkan sebanyak 170 PS kuasa pada 3,500 rpm dan tork maksimum 405 Nm pada 1,750-2,500 rpm.

Enjin 2.0 liter Bi-Turbo Ford yang telah terbukti pula menawarkan 210 PS pada 3,750 rpm dan tork 500 Nm pada 1,750-2,000 rpm; angka-angka janaan kuasa yang mengagumkan.

Enjin berkenaan juga memiliki sistem pintasan pintar yang akan menentukan mod operasi paling optimum dalam satu- satu keadaan. Ini bermakna, pengecas turbo boleh beroperasi secara bersiri (pada kelajuan enjin lebih rendah bagi meningkatkan tork dan memberi lebih maklum balas) atau turbo lebih kecil boleh dipintas untuk membolehkan pengecas turbo lebih besar menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.

Sedia untuk berdepan jalan mencabar yang jarang ditempuhi

Penambahan 50 mm untuk jejak tapak dan jarak antara roda bagi Ranger generasi baharu ini telah meningkatkan lagi kestabilannya, di jalan raya mahupun ketika off-road. Ia juga telah diberi penambahbaikan sudut menghampiri di depan kepada 30 darjah (daripada 28.5 darjah untuk model sebelumnya) dan sudut di belakang kepada 23 darjah (daripada 21 darjah bagi model sebelumnya).

Sudut belakang ini juga tetap sama ketika palang tunda dipasang, hasil daripada kemaskini yang dilakukan itu.

Selain peningkatan jejak tapak yang membantu menambahkan lebar ruang belakang Ranger generasi baharu agar pelbagai barang boleh dibawa, penyerap hentak belakang juga dialihkan untuk sedikit ke arah luar gegelungnya, menjadikan pemanduan lebih terkawal sama ada ia penuh muatan atau tidak.

Ford Ranger XLT Plus

Sama ada anda seorang tradisionalis atau pemandu yang inginkan lebih ketenangan di jalan raya, Ford menawarkan sistem pacuan empat roda untuk Ranger generasi baharu. Pacuan empat roda asas adalah sistem “separuh masa” dengan kotak pindah shift-on-the-fly elektronik dua-kelajuan dengan mod operasi 2H, 4H dan 4L.

Ranger generasi baharu ini kekal menawarkan differential lock belakang (untuk varian WildTrak dan XLT Plus), yang boleh diaktifkan menerusi skrin SYNC®. Differential lock membolehkan kedua-dua roda pada mana-mana gandar untuk berpusing dengan kelajuan sama, memberikan cengkaman tambahan ketika pemanduan off-road.

Pilihan mod pemanduan bagi meningkatkan keyakinan

Sebelum ini, hanya Ranger Raptor yang menawarkan pilihan mod pemanduan. Namun kini Ranger generasi baharu sudah dilengkapi dengan enam mod pemanduan, bergantung kepada varian.

Mod yang ditawarkan adalah: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery untuk jalan raya serta Mud/Ruts dan Sand untuk off-road. Mod-mod ini mengubah segalanya, daripada penukaran gear kepada maklum balas pendikit, kawalan cengkaman dan kestabilan, ABS dan sebagainya.

Selain itu, Ranger generasi baharu juga memiliki skrin off-road khusus dalam sistem infotainmen SYNC. Dengan hanya menekan satu butang, pemilik boleh mengakses skrin off-road SYNC yang menunjukkan tetapan differential lock dan kofigurasi pacuan, sudut kemudi roda, sudut roll and pitch, serta kamera depan dengan garis panduan.

Kebolehan berdasarkan keperluan

Untuk melindungi komponen penting ketika pemanduan off-road, Ranger generasi baharu menyediakan “perisai” pelindung di bahagian dalam untuk stereng, takungan pelincir, kotak pindah dan transmisi. Perisai ini dibuat daripada keluli yang dipotong dan ditempa dengan laser. Selain itu, bolt pelindung berkenaan turut dilindungi daripada kerosakan dan senang dikeluarkan untuk diservis.

Memandangkan pelindung dipasang secara terus pada casis, ia meningkatkan lagi ketahanan struktur jentera pacuan empat roda ini.

Bumbung Ranger generasi baharu juga sedia dengan bumbung yang dapat menampung berat sehingga 350 kg (statik) dan sehingga 85 kg (dinamik). Kemudahan pengurusan kargo di ruang muatan pula menjadikannya sebagai kenderaan penuh kepelbagaian, dengan barisan aksesori lepas jualan seperti pasak boleh ubah di setiap sisi dan talam barangan boleh alih, ruang pengapit di pintu but serta ruang muatan dengan enam titik cangkuk berstruktur. Bergantung kepada varian dan pasaran, kapasiti penuh bebanan Ranger generasi baharu mencecah sehingga 1,000 kg (1 tan).

Seperti model semasa, Ford Ranger generasi baharu menawarkan kemampuan mengharung air sedalam 800 mm pada kelajuan 7 km/j.

Kini di Kuching dan Kota Kinabalu

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara bagi Ranger generasi baharu ini di lima kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru melibatkan tempoh lima hujung minggu.

Kunjungi Vivacity Megamall di Kuching hari ini untuk mengalami sendiri pengenalan eksklusif Ranger generasi baharu.

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Baca: Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Ford Ranger

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2021 Ford Ranger WildTrak Sport 2.0 Bi-Turbo in Malaysia, Check out What's New!

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Ford Ranger
Cek Lebih