2023 Hyundai Staria 10-penumpang buka tempahan sekitar RM 170k, menyusul akhir tahun 2022!

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan memperkenalkan varian 10 tempat duduk baharu untuk MPV Hyundai Staria, pada suku keempat 2022.

Menurut Encik Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM, Staria 10-penumpang adalah MPV yang dinanti-nantikan selepas pengenalan varian mewah 7-penumpang tahun lepas.

Pelancaran Hyundai Staria 7-penumpang

“Kami telah menerima banyak pertanyaan untuk varian 10-penumpang kerana terdapat jangkaan bahawa varian ini akan menggantikan Starex. Seperti Starex, varian 10 -penumpang ini sesuai untuk keluarga besar, pengusaha pelancongan dan perniagaan tetapi dengan peningkatan ruang yang luas dan lebih banyak fungsi dalam setiap aspek kenderaan berbanding Starex,” katanya.

Gambar intipan Hyundai Staria 10-penumpang

Menampilkan reka bentuk baharu Hyundai yang futuristik dan ikonik, Staria membangkitkan bentuk kapal angkasa yang lancar. Bahagian luarnya ditakrifkan oleh satu garis dari hadapan ke belakang — diilhamkan oleh lengkung cahaya yang menerangi ufuk Bumi pada waktu matahari terbit apabila dilihat dari angkasa.

Gambar intipan Hyundai Staria 10-penumpang

Bahagian hadapan Staria dihiasi dengan lampu nyalaan siang mendatar (DRL) dan lampu penentu kedudukan di hadapannya, kedua-duanya merentasi lebar kenderaan. Ini dilengkapi dengan gril radiator yang tebal dan lebar dengan corak yang unik. Siluetnya yang bersih diserikan lagi dengan sepasang lampu hadapan yang berada pada posisi rendah.

Hyundai menggunakan warna badan yang sama untuk semua bahagian hadapan untuk memaksimumkan gaya moden dan tulen kenderaan itu. Reka bentuk belakangnya menekankan keanggunan di mana sorotan lampu belakang bergaya piksel parametrik dan cermin belakang yang besar.

Ruang kakinya yang luas adalah antara yang terbaik dalam segmennya dan boleh ditukar menjadi ruang kargo tambahan yang luas apabila semua tempat duduk dilipat, turut meliputi fungsi tempat duduk gelongsor panjang yang serba boleh.

Gambar intipan Hyundai Staria 10-penumpang

Bernadikan enjin 2.2 liter turbo diesel CRDi yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. ia memberikan anggaran output kuasa 177 PS dan 431 Nm tork. Pengecas turbo penyejuk udara yang berkecekapan tinggi mempunyai prestasi pemampat dan roda turbin yang lebih baik untuk tork kelajuan rendah yang lebih baik.

Tersedia dalam tiga varian iaitu Lite, Plus dan Max. Harga dianggarkan bermula dari RM 17X,XXX dengan yuran tempahan RM1,000.

5 pilihan warna adalah Abyss Black PearlShimmering Silver MetallicCreamy WhiteGraphite Gray Metallic dan Moonlight Blue Pearl mengikut varian.

Pihak yang berminat kini boleh masuk ke mana-mana bilik pameran Hyundai yang sah untuk membuat tempahan. Tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui platform beli-belah dalam talian Hyundai, Cl!ck to Buy.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada Talian Khidmat Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000, laman web rasminya : www.hyundai.com.my atau laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia.

Baca: HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Hyundai Staria

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysiaโ€™s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. โ€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itโ€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itโ€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorโ€™s Choice Award 2022-2023 for โ€˜Pick-up Truck of the Yearโ€™ for the Ranger and โ€˜Car of the Yearโ€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatโ€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatโ€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. โ€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Hyundai Staria
Cek Lebih