Memiliki kereta idaman anda tidak seharusnya tidak sesukar ini. Bagi seorang pemilik Tesla Model S berharga $140,000 (RM 477,884), dia telah serik untuk membeli kenderaan jenama tersebut atas masalah yang tidak dipedulikan oleh Tesla sendiri.
Mario Zelaya, pemilik Tesla Model S di Kanada telah menyelar kereta idamannya itu sebagai "sampah" kerana mendapati bahawa kereta itu dikunci apabila bateri kenderaan tersebut mati, menghalangnya daripada masuk ke dalam.
Keluhannya dimuat naik di media sosial tiktok dengan kapsyen berbunyi: "$26K (RM 87k) untuk bateri baharu. Dikunci daripada kereta. Panggilan semula produk diperlukan." dalam hantarannya.
Lebih malang lagi, Mario cuba untuk menjual kereta tersebut namun dokumen pemilikan turut terkunci di dalam Tesla Model S itu.
Masalah yang dihadapi dikatakan berpunca daripada Tesla Model S kumpulan pengeluaran tahun 2013-2014 yang mempunyai isu air daripada sistem penyaman udara bocor dan menyelinap ke bateri kereta lalu menyebabkannya rosak.
Baca: Tesla Model S Plaid diumumkan: 1,100 PS, 0-100 dalam masa kurang daripada 2 saat
Walaubagaimanapun, Tesla dikatakan tidak memberi sebarang respons mengenai masalah tersebut.
Hal ini membuatkan Mario dan beberapa pemilik lain menurut Mario, untuk menuntut supaya Tesla memberi penjelasan dan kerjasama terhadap masalah ini.
Pada akhirnya, Mario memuat naik satu lagi video yang mengatakan bahawa "Saya tidak akan membeli Tesla lain lagi.
"Itulah cara terbaik bagi saya untuk memberi nasihat agar anda menjauhkan diri daripada Tesla. Mereka adalah jenama kereta yang kejam, pengeluar yang kejam, dan lebih teruk lagi, mereka adalah sebuah syarikat berusia 10 tahun."
Dalam satu video lain, Mario berkata dia berjaya menjual Tesla Model S itu dan seseorang akan mengambilnya dari tempat letak kenderaannya. Pembeli baharu itu kemudiannya dilihat akan cuba membuka bampar hadapan dan kemudian mengecasnya dari situ. Kredit: Mario Zelaya
Baca: Harga RM 449k untuk Tesla Model Y rasmi di Singapura, sebenarnya murah bagi mereka?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}