Tesla Model Y telah melakukan pelancaran secara rasmi di Singapura. Harga yang ditawarkan adalah (dengan insentif EV, tidak termasuk COE) bermula dari SGD 142,471 (sekitar RM 449k) untuk varian pacuan roda belakang dan SGD 190,195 (sekitar RM 559k) untuk varian Performance.
Sebagai rujukan, Tesla Model Y ialah versi SUV bagi Tesla Model 3, berkongsi kebanyakan komponen yang sama (dilaporkan sekitar 75 peratus) tetapi dengan lebih banyak ruang dan praktikaliti. Ia juga mengisi segmen di bawah Tesla Model X yang lebih besar, walaupun Model X pada ketika ini masih belum tersedia di Singapura secara rasmi.
Dari segi ciri kelengkapan, Tesla Model Y RWD standard mendapat rim Gemini 19-inci, bumbung kaca panoramik, skrin sentuh 15-inci yang mengawal semua fungsi kereta dan dok pengecasan dwi wayar untuk peranti mudah alih.
Prestasi Model Y mendapat rim Überturbine 21-inci, brek prestasi, suspensi yang diturunkan dan pedal aluminium.
Pembeli boleh memilih ciri Enhanced Autopilot yang dipertingkat berbanding ciri Autopilot biasa (tersedia untuk pembelian pada bila-bila masa selepas penghantaran dalam aplikasi Tesla dengan harga SGD 5,800), yang menambah fungsi canggih seperti Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, Summon dan Smart Summon.
Baca: PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia
Dari segi julat dan prestasi, Tesla Model Y RWD mempunyai julat perjalanan WLTP 455 km dan kemampuan untuk memecut dari 0-100 km/j dalam 6.9 saat, manakala kelajuan tertinggi mampu mencecah sehingga 217 km/j.
Bagi Tesla Model Y Performance pula, ia mampu menghabiskan jarak sehingga 514 km dalam kitaran WLTP dan melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam 3.7 saat (tanpa kiraan 1 foot rollout). Kelajuan maksimum juga diperoleh jauh lebih tinggi berbanding varian RWD, pada 250 km/j.
Bagi tempoh masa pengecasan pula, kedua-dua varian mampu mengecas dalam kapasiti 11 kW AC dan pengecasan pantas 250 kW DC (Tesla Super Charger) yang membolehkan pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam masa 20 minit. Bagi pengecasan AC, ia mengambil masa kira-kira 7 jam untuk mengisi bateri 70 kWj Tesla Model Y RWD dan sekitar 8 jam untuk bateri 90 kWj Model Y Performance.
Menurut laman web Tesla, penghantaran di Singapura dianggarkan akan bermula pada akhir 2022.
Kredit foto: Cliff C.
Baca: Malaysia akan membuat bateri untuk Tesla tidak lama lagi, dieksport dari Seremban? Biar boto jang!