window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia

Haris ยท May 12, 2022 03:30 PM

PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia 01

Ketika Elon Musk memulakan semula perbincangan dengan kerajaan Indonesia mengenai penubuhan hab bateri Tesla di Nusantara (sambil menikmati gula-gula Kopiko), Perdana Menteri kita Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuba menarik perhatian pelabur Amerika ke Malaysia di Washington DC.

PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia 02

Tesla berada di kedudukan ke-100 dalam Fortune 500

Perdana Menteri yang kini dalam lawatan rasminya ke persidangan US-ASEAN mengalu-alukan syarikat terutamanya yang tersenarai dalam Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka dalam sektor digital ekonomi termasuk teknologi hijau dan kenderaan elektrik (EV).

Baca: Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia 01

Beliau memberitahu wartawan Malaysia bahawa antara nama yang dicadangkan ialah Tesla selepas pertemuan dengan Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) pada Rabu, 11-Mei 2022.

Dalam erti kata lain, PM Ismail Sabri tidak bercakap secara langsung dengan mana-mana wakil dari Tesla tetapi sebaliknya hanya melalui dewan perniagaan (Business Council).

Baca: Harga minyak naik paksa rakyat Thailand beralih ke EV, tempahan naik 20% untuk kenderaan EV baharu!

PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia 02

Dato' Sri Ismail Sabri sedang dalam lawatan kerja 4 hari ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN. AS-ABC menganggap Malaysia sebagai rakan dagang penting Amerika Syarikat, ujar Perdana Menteri.

PM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia 03

Bukan sekadar Tesla, Twitter juga hampir dalam genggamannya

Walaupun Malaysia cuba menarik pelabur EV dari negara-negara maju seperti AS, kadar penggunaan EV masih rendah di sini. Kebanyakan kenderaan elektrik yang sedang dijual berada di luar jangkauan pembeli biasa dan situasi ini juga serupa di kebanyakan pasaran ASEAN.

Namun, mampukah Malaysia membuktikan cadangan perniagaan yang baik untuk Elon Musk? Jika Indonesia mempunyai Kopiko, kita mungkin boleh menawarkan rasuah Super Ring untuk dinikmati Elon.

Baca: MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda