Italjet Dragster, skuter yang memiliki rekaan 'alien' sah bakal membuat penampilan rasminya di pasaran Malaysia, Sabtu ini dan hadir dalam dua varian, 125 serta 200 menerusi pengedar eksklusifnya, Chear Global.
Jika berpandukan kepada laman Facebook rasmi syarikat itu, Italjet Dragster 125 dijangka dijual pada harga yang 'wow' iaitu sekitar RM 30k manakala Italjet Dragster 200 diberikan tanda harga RM 35k.
Ketika dipertontonkan kepada umum buat pertama kali pada 2019, rekaan 'drastik' Italjet dari Itali terhadap Dragster 125/200 sememangnya berjaya mencipta kejutan malah skuter berkenaan turut mendapat 'sentuhan' bintang MotoGP, Andrea Dovizioso.
Untuk pasaran Malaysia, menurut rakan media automotif, sekalipun tiba pada harga yang agak 'menakutkan', skuter berkenaan bukanlah model import dari Itali namun dipasang di Malaysia.
Juga baca: Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta
Sebagai permulaan, Italjet Dragster 125/200 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu:
Italjet Dragster 125, seperti namanya dipadankan dengan enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan patuh piawaian emisi Euro5 dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah 12.3 Hp pada 9,500 rpm dan tork 10.5 Nm pada 7,750 rpm.
Italjet Dragster 200 pula digandingkan dengan enjin bersesaran 181 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan patuh piawaian emisi Euro5 dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah 17.3 Hp pada 8,000 rpm dan tork 15.5 Nm pada 7,750 rpm.
Apa yang menarik selain rekaannya yang 'alien', skuter Italjet Dragster ini menggunakan sistem suspensi depan Paioli unit seakan penyerap hentak tunggal dengan 'Swingarm' manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal dengan 'Swingarm' di sebelah kanan.
Antara informasi lain mengenai skuter ini adalah ia menggunakan brek cakera tunggal depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), panel meter digital, sistem lampu LED penuh termasuk lampu projektor dan lampu siang (DRL).
Juga baca: Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}