Sejak Toyota Raize dan Daihatsu Rocky membuat debut pada tahun 2020, SUV duo ini telah meraih jualan yang cukup tinggi di Jepun. Begitu juga di Indonesia dan Malaysia (Perodua Ativa).
Dan tidak lama lagi, nampaknya penerajuan ketiga-tiga model ini akan diganggu oleh Honda WR-V 2023.
Awal tahun ini, kami melaporkan bahawa Honda sedang membangunkan SUV permulaan yang baru buat rantau ASEAN. Model ini telahpun dipamerkan sebagai Honda SUV RS Concept.
Juga baca: Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022
Menariknya, Honda WR-V ini mungkin tidak terhad kepada rantau ini sahaja kerana laporan terbaru dari Jepun menunjukkan bahawa Honda juga ada pelan sama di negara tersebut.
Lagipun, Raize dan Rocky sudah lama menawan pasaran Jepun.
Dari segi enjin, media Jepun melaporkan bahawa WR-V 2023 mungkin hadir dengan pilihan trenkuasa seperti di bawah:
Kalau anda perasan, penawaran trenkuasa ini sama dengan yang ada pada Honda City dan City Hatchback.
Menariknya, media Jepun turut memberitahu bahawa Honda WR-V 2023 mempunyai ukuran 4,200 mm panjang, 1,760 mm lebar dan 1,600 mm tinggi.
Dimensi | |||
---|---|---|---|
Model | Panjang (mm) | Lebar (mm) | Tinggi (mm) |
WR-V | 4,200 | 1,760 | 1,600 |
Ativa | 4,065 | 1,710 | 1,635 |
HR-V | 4,330 | 1,790 | 1,590 |
Secara amnya, Honda WR-V di Jepun dijangka tiba di pasaran pada suku 2 2023. Walaupun tarikh jualan untuk pasaran ASEAN belum lagi dapat dipastikan, kami yakin bahawa ia bakal rasmi tidak lama lagi kerana model dalam bentuk produksi pun sudah muncul sejak bulan Julai.
Juga baca: Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023
Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, Honda WR-V di Jepun mungkin berharga dari 2 juta yen (~RM 64k), kiranya dalam pertengahan julat harga Rocky-Raize (1.7 juta yen - 2.5 juta yen).
Kalaulah harga Honda WR-V 2023 lebih kurang Honda City, adalah anda akan beli sebiji?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}