Anda mungkin sudah tahu bahawa jenama EV terbesar di dunia adalah dari China iaitu BYD. Menariknya, ia sememangnya akan tiba di Malaysia dan salah satu model yang telah disahkan adalah BYD e6. Jadi inilah dia 10 gambar untuk tatapan yang lebih dekat.
Kalau anda perasan, negara kita belum ada lagi MPV berkuasa elektrik. Seandainya semua pelan bersama Sime Darby berjalan lancar, jentera inilah yang bakal menjadi MPV pertama dalam pasaran kita yang berkuasa elektrik.
Secara amnya, BYD e6 banyak menggunakan asas BYD Song Max yang ada di negara China.
Cumanya, Song Max datang dengan trenkuasa hibrid sederhana. BYD e6 pula menggunakan dua motor elektrik yang menghasilkan 95 PS dan 180 Nm tork.
Pada bahagian dalam, reka bentuk kabin e6 sebenarnya agak ringkas dan konvensional dan tema warnanya hitam belaka kecuali bahagian siling. Secara amnya, bahagian dalam BYD e6 hanya didominasikan oleh infotainment 10.1 inci. Yang lain kekal dengan paparan dan tombol seperti kereta biasa.
Beralih ke bahagian keselamatan, BYD e6 di Singapura misalnya lengkap dengan 4 beg udara tetapi ADAS tiada langsung. Model kita nanti juga dijangka sama seperti ini.
Sebagai kereta elektrik pula, jentera ini menggunakan teknologi Blade Battery yang mana menurut BYD, ia lebih selamat daripada bateri EV lain kerana ia terbukti lebih tahan dan sukar untuk terbakar.
Juga baca: BYD e6 ini bakal jadi teksi EV pertama Malaysia, boleh ditempah di Langkawi dan KL bermula 2023
Secara teknikal, BYD e6 menggunakan bateri berkapasiti 71.7 kWj dan jarak pandunya mencecah 522 km (WLTP). Pengecasan AC pula menyokong sampai 40 kW, manakala pengecasan DC boleh capai 60 kW.
Mengenai harga pula, kiraan di Singapura sedikit rumit kerana ia mengikut kadar COE. Tetapi di Thailand, BYD e6 berharga 1,390,000 THB (~RM 170k).
Di Australia pula, harga BYD e6 ditawarkan bawah 40,000 AUD (~RM 120k).
Apapun, harga MPV EV ini apabila tiba di pasaran Malaysia mungkin tidak begitu berbeza dengan negara-negara jiran dan ia berkemungkinan menjadi EV paling murah di pasaran kita kelak.
Juga baca: EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}