Pasukan pengiring Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini menerima pujian ramai apabila satu video tular menunjukkan rombongan itu memberi keutamaan kepada ambulans dalam keadaan trafik sesak di ibu kota.
Berdasarkan rakaman dashcam berkenaan, kejadian membanggakan ini berlaku pada pagi Jumaat, 9 Disember.
Pasukan pengiring beliau yang terdiri daripada anggota Polis DiRaja Malaysia dilihat mengiringi sebuah ambulans dan menyusul di belakangnya adalah kenderaan ‘mobile signal jammer’ iaitu sebuah Volvo XC90 berwarna hitam, kemudian kenderaan rasmi Anwar iaitu Proton Perdana Limousine (VED 4008).
Juga baca: Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam!
Terdahulu, kita sering disajikan berita berkaitan kenderaan VVIP yang diiringi tanpa mengendahkan kenderaan kecemasan. Seperti yang dijangka, perkara ini menimbulkan kekesalan di kalangan orang ramai.
Juga baca: (Video) Lagi kes VIP jalan dulu, rakyat dalam ambulan ‘boleh tunggu’
Bagaimanapun, ada juga pemimpin yang dilihat membawa perubahan kepada budaya ini. Inilah yang kita mahu!
Juga baca: Ini baru betul! Polis pengiring Agong bantu perjalanan ambulans Uncle Kentang ke IJN
Apakah yang berlaku apabila konvoi Maharaja Jepun bertemu dengan ambulans? Siapa bagi laluan?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}