Bukan rahsia Harley-Davidson dan syarikat pengeluar motosikal China, QJ Motor menjalin kerjasama menghasilkan model bawah 500 cc yang dicipta untuk pasaran Asia dan selepas penantian agak lama, ia dikatakan sudah pun sedia dilancarkan.
Diberi nama Harley-Davidson X350 dan Harley-Davidson X500, maklumat termasuk imej lengkap kedua-dua model berkenaan terdedah sebelum debut rasminya, baru-baru ini menerusi dokumen kelulusan yang diperoleh di China.
Juga baca: Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max!
Apa yang menarik, dokumen kelulusan itu turut mendedahkan beberapa perincian penting kedua-dua model berkenaan terutama membabitkan trenkuasa yang digunakan.
Untuk model Harley-Davidson X350, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 353 cc, 2 Silinder Parallel-twin yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 37 Hp.
Tetapi menurut dokumen itu, berat Harley-Davidson X350 mencapai angka 195 kg dengan kelajuan maksimum dibatasi pada angka 143 km/j.
Untuk model Harley-Davidson X500, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 500 cc, 2 Silinder Parallel-twin yang turut digunakan Benelli Leoncino 500 yang berupaya menghasilkan kuasa sekitar 47 Hp.
Juga baca: Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250
Tetapi bukan sekadar trenkuasa, Harley-Davidson X500 turut menggunakan pelbagai komponen Leoncino 500 seperti di bahagian suspensi, rim namun penggayaannya diubah seperti 'Scrambler'.
Sekalipun menarik, tidak diketahui sama ada kedua-dua model berkenaan hanya dikhaskan untuk pasaran China sahaja.
Ini kerana selain China, Harley-Davidson dikatakan turut menjalin kerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal India, Hero MotoCorp untuk menghasilkan motosikal berkuasa rendah tetapi premium.
Juga baca: LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}