'Rider' OKU hati kental, ketepi trauma, perit sarung kaki palsu jelajah 12 hari Thailand tunggang Yamaha XMax!

Jika anda penggemar aktiviti penjelajah bersama motosikal atau skuter, apa yang berjaya dicapai lelaki ini, yang berstatus OKU (Orang kurang upaya) bersama skuter Yamaha XMax 250 miliknya pasti boleh membuatkan anda kagum beserta cemburu.

Dikenali sebagai Muhamad Anas Sabudin, 34 tahun, lelaki yang kudung kaki kiri hingga atas lutut ini layak dilabel 'rider kental' sejati apabila berjaya menamatkan misi mengelilingi Thailand selama 12 hari dengan menunggang skuter miliknya.

Gambar hiasan

Melakukan sesuatu yang pastinya tidak mudah, dan pengalaman Anas yang memulakan perjalanan dari Pulau Pinang bermula pada 8 Disember lalu itu mendapat perhatian akhbar HMetro yang tampil berkongsi jerit perih yang dihadapinya.

Secara keseluruhan, Anas yang juga bapa kepada tiga anak melakukan perjalanan sejauh 5,620 km itu dengan mengelilingi hampir keseluruhan bandar utama negara Gajah Putih itu.

Dan laluan yang diharungi adalah:

Pergi

  • Pulau-Pinang-Danok-Hatyai-Phattalung-Thung Song-Surat Thani-Chumpon-Prachuap-Hua Hin-Mea Klong-Kanchanaburi-Nakhon Sawan-Kamphaeng Phet-Tak-Mea Sot-Umphang-Mea Sariang-Mea Hong Son-Pai-Chiang Mai-Chiang Rai-Mea Sai-Tachileik-Golden Triangle-Phayao-Uttradit—Khao Kho-Phu Thap Boek-Saraburi-Chon Buri-Pattaya-Bangkok.

Pulang

  • Hau Hin-Prachuap-Chumpon-Surat Thani-Pattalung-Hatyai-Danok-Pulau Pinang.

Dan dia juga bertuah apabila turut ditemani beberapa rakan yang juga boleh disifatkan berjiwa besi, Mohd Norazzam Omar, Zuljazmy Zolkefli, Syazwanee Mohd Zin, Saiful Anwar Mohd Rejab dan Mimi Syazuani Ahmad Fuzi yang menunggang kapcai.

Juga baca: Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda!

Gambar hiasan

Berkongsi pengalamannya itu, Anas berkata antara cabaran utama adalah berikutan menunggang menggunakan kaki palsu, dia terpaksa menahan pedih akibat kaki melecet.

"Saya pakai kaki palsu setiap masa dan apabila hujan, span dalam kaki akan basah membuatkan saya terpaksa menanggalkannya. Kaki saya juga melecet dan luka kerana pakai kaki palsu dalam tempoh lama, saya kemudiannya tampal plaster di setiap tempat itu setiap kali mulakan tunggangan.

"Saya juga berjalan perlahan dari rakan lain tetapi apabila tiba di perhentian, mereka akan memberi sokongan moral untuk berjalan bersama sekali gus menikmati pemandangan di tempat orang.

Yamaha XMax 250

"Antara cabaran lain adalah kami turut merasai pengalaman meranduk banjir setinggi 0.3 meter dengan arus air laju ketika dalam perjalanan dari Phatthalung ke Hatyai, selain merasai cuaca dingin di beberapa kawasan di utara Thailand."

Bercerita lebih lanjut mengenai minatnya itu, Anas sebenarnya mendedahkan dia pernah trauma untuk menunggang motoasikal kerana 'kekurangan dirinya' itu adalah akibat kemalangan jalan raya ketika berusia 18 tahun pada 2006.

Juga baca: Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda!

Malah, dia yang berasal dari Gunung Semanggol, Perak memerlukan hampir 10 tahun untuk kembali menunggang motosikal bagi memudahkannya berkerja kerana terpaksa menempuh kesesakan saban hari selain mahu mencabar keupayaan diri.

Gambar hiasan

"Kemalangan berlaku apabila motosikal saya dilanggar kereta dari belakang. Kejadian itu boleh dikatakan meragut zaman remaja saya dan rasa down (tidak bersemangat) juga... macam-macam saya fikir termasuk masa depan.

"Ketika itu saya tiada keyakinan dan berasa susah nak tunggang motosikal dengan satu kaki. Apabila rakan pergi ride (jelajah menunggang motosikal) saya ikut juga, cumanya saya pandu kereta.

"Saya kembali menunggang motosikal sejak 2019 dengan sokongan keluarga dan rakan serta mengakui mulanya agak sukar kerana perlu mengimbangi badan supaya stabil dan tidak mudah terjatuh.

Sumber imej: HMetro

"Sejak itu selalu juga saya ride dan hampir Semenanjung Malaysia sudah keliling hingga ke Pattaya, Thailand dan ride 12 hari adalah yang pertama perjalanan jauh mengelilingi Thailand.

"Dengan dorongan dan doa daripada semua terutama isteri dan keluarga, saya menyelesaikan kembara ini dengan baik biarpun mulanya kurang yakin. Secara peribadi saya berbangga dengan diri sendiri yang mencabar keupayaan walaupun kekurangan dari fizikal," kata Anas yang bekerja sebagai juruukur bahan.

Dan bagi Anas lagi, penjelajahan 12 hari di Thailand bukanlah aktiviti terakhirnya kerana dia sudah pun merancang untuk melakukan kembara ke sempadan China melalui Laos.

Juga baca: Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mazda CX-5

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model