Sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A-Class dikesan culas membayar tol sebanyak 45 kali apabila ditahan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) pada Isnin.
Menerusi perkongsian di Twitter @PROLINTAS AKLEH, pemandu kereta berkenaan terpaksa membayar jumlah tunggakan bernilai RM 275.65 yang telah dilangsaikannya serta-merta.
βKereta mewah 45 kali culas tol, ditahan! Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan,β ciap akaun konsesi lebuh raya berkenaan.
Dua gambar turut dikongsikan; menunjukkan seorang pemandu wanita di dalam Mercedes-Benz A-Class berwarna hitam yang ditahan kakitangan syarikat konsesi itu di plaza tol.
βJadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tak bermoral niβ¦ Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain. #AWAS #Andaculastakkanterlepas,β ciapnya lagi.
Rata-rata netizen di Twitter mengecam tindakan pemandu berkenaan, namun turut mempersoalkan tindakan yang dikenakan kerana ia dianggap terlalu ringan bagi pemandu culas sebegini.
Apa pendapat anda pula? Jom komen di Facebook WapCar β BM!
Juga baca: Video: Gara-gara nak elak bayar tol di Batu 9, Perodua Myvi ini sanggup guna lorong motosikal
Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}