window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Honda City dicekup tak bayar tol di Lebuhraya SILK, kena denda RM 256 tapi hukuman macam tak padan?

Khairil · Oct 17, 2022 06:00 PM

Pemilik Honda City dicekup tak bayar tol di Lebuhraya SILK, kena denda RM 256 tapi hukuman macam tak padan? 01

Operator lebuhraya, Prolintas terus giat menjalankan operasi 'memburu' penceroboh tol dan terbaharu, seorang pemandu Honda City kantoi selepas 59 kali melakukan kesalahan berkenaan di lebuh raya Kajang-SILK.

Menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, Prolintas berkata penceroboh tol berkenaan 'berhutang' RM 256.20 dari sudut bayaran tol termasuk caj pentadbiran atas kesalahan yang dibuat.

Pemilik Honda City dicekup tak bayar tol di Lebuhraya SILK, kena denda RM 256 tapi hukuman macam tak padan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi sebagai pemilik Honda City, pesalah berkenaan menurut Prolintas menyelesaikan bayaran berkenaan 'on the spot'.

Sebagai info, penceroboh tol merujuk kepada pemandu yang menggunakan lebuh raya tanpa membayar tol yang dikenakan ke atas kenderaan mereka.

Pemilik Honda City dicekup tak bayar tol di Lebuhraya SILK, kena denda RM 256 tapi hukuman macam tak padan? 01

Seperti ingin 'menganjing', Prolintas turut melakukan ciapan susulan iaitu: "Pesanan untuk semua, jangan cuba elak bayar tol tau! Buat malu geng pakai ‘H’ je.🙊#AWAS

Meneliti ruangan komen, ramai di kalangan netizen tidak berpuas hati dengan bentuk hukuman yang dikenakan oleh Prolintas malah ada yang mencadangkan agar pesalah dikenakan denda lebih tinggi atau diheret ke mahkamah.

Pemilik Honda City dicekup tak bayar tol di Lebuhraya SILK, kena denda RM 256 tapi hukuman macam tak padan? 02

Ketika ini, pesalah pencerobohan tol boleh didakwa bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian) yang membawa kepada hukuman denda antara RM 2,000 dan RM 5,000 jika sabit kesalahan.

Begitupun, ia memerlukan pembabitkan operator lebuh raya untuk memfailkan saman ke atas pelaku kesalahan berkenaan.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda