window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda City facelift 2023 nampak jelas, pesaing Vios dah 'upgrade' dan sedia untuk pelancaran di Malaysia

Mersita · Jul 25, 2023 01:45 PM

Spyshot: Honda City facelift 2023 nampak jelas, pesaing Vios dah 'upgrade' dan sedia untuk pelancaran di Malaysia 01

Beberapa unit Honda City facelift 2023 dilihat tersusun kemas di atas sebuah treler di Malaysia – barangkali sedang dalam proses penghantaran ke bilik pameran – hasil perkongsian oleh pengguna media sosial Firdaus Pudud.

Spyshot: Honda City facelift 2023 nampak jelas, pesaing Vios dah 'upgrade' dan sedia untuk pelancaran di Malaysia 02

Honda City berwarna merah – kebanyakannya tampak seperti varian RS e:HEV hybrid – tidak diselubungi celoreng mahupun penutup, menampakkan keseluruhan naiktaraf luarannya yang merangkumi bampar depan dan belakang baru, rim baru, serta lencana RS bergaya baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Honda City facelift 2023 nampak jelas, pesaing Vios dah 'upgrade' dan sedia untuk pelancaran di Malaysia 01

Selain daripada perubahan rekaan badan, Honda Malaysia juga telah mengesahkan bahawa set ADAS Honda Sensing model ini akan ditambah dengan dua fungsi baru iaitu Lead Car Departure Notification (LCDN) dan Low Speed Follow (LSF).

Spyshot: Honda City facelift 2023 nampak jelas, pesaing Vios dah 'upgrade' dan sedia untuk pelancaran di Malaysia 02

Fungsi-fungsi ADAS Honda Sensing sedia ada termasuklah Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Departure Warning (LDW), Road Departure Mitigation (RDM), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist System (LKAS), dan Auto High Beam (AHB).

Spyshot: Honda City facelift 2023 nampak jelas, pesaing Vios dah 'upgrade' dan sedia untuk pelancaran di Malaysia 03

Trenkuasanya kekal sama iaitu enjin 1.5 liter ‘naturally aspirated’ i-VTEC yang menghasilkan 121 PS / 145 Nm, digandingkan dengan kotak gear automatik CVT. Terdapat juga pilihan enjin hybrid 1.5 liter dwi-motor yang menghasilkan 109 PS / 253 Nm bagi model ini.

Juga baca: Tempahan Honda City 2023 facelift untuk Malaysia dibuka - pelancaran S3, gaya & infotainment baru

Tempahan bagi Honda City facelift 2023 di Malaysia sudahpun dibuka sejak minggu lalu dan pelancarannya dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Senarai harga Honda City facelift 2023 juga dijangka akan diumumkan pada pelancarannya kelak. Sebagai rujukan, berikut ialah senarai harga bagi Honda City di pasaran pada masa ini:

  • Honda City 1.5L S – RM 77,600
  • Honda City 1.5L E – RM 85,600
  • Honda City 1.5L V – RM 90,600
  • Honda City 1.5L V Sensing – RM 94,600
  • Honda City 1.5L RS – RM 108,800

Juga baca: Gambaran awal Honda City 2023 facelift untuk Malaysia; adakah Sensing standard macam di Thailand?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda