![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 01]()
Honda City 2023 facelift baru sahaja dilancarkan ke pasaran kita dan untuk kali ini, ia hadir dengan 5 varian melalui S, E, V, RS Petrol dan RS e:HEV. Bagi anda yang belum tahu, varian RS Petrol menggantikan varian V Sensing yang ada sebelum ini. Jadi, dengan varian yang sebegitu banyak, apa beza setiap penawaran?
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 02]()
Sebelum itu, perlu kami maklumkan bahawa Honda City facelift dipasang lokal (CKD) di Pegoh, Melaka dan untuk varian S, E, V, RS Petrol, trenkuasanya kekal dengan enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm). Kuasa dihantar ke roda depan (FWD) melalui transmisi CVT. Untuk kali ini, brek belakang jenis cakera didatangkan sekali pada varian V di mana sebelum ini hanya RS e:HEV sahaja yang mendapat kelengkapan tersebut.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 01]()
Mengenai varian ini, ia juga kekal dengan nadi 1.5L hybrid i-MMD yang menghasilkan 109 PS/253 Nm.
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 02]()
Dari segi ciri, di bawah adalah pecahan kelengkapan yang ditawarkan untuk setiap varian:
Honda City 1.5 S 2023 – RM 77,600
- 1.5L NA DOHC i-VTEC dengan 121 PS/145 Nm
- Rim 15-inci
- Lampu halogen projektor dengan DRL LED
- Remote engine start
- Tempat duduk fabrik
- Paddle shifter
- Kluster instrument analog dengan paparan pelbagai maklumat 4.2 inci
- Penyaman udara manual
- Multimedia asas jenis Bluetooth
- 4 pembesar suara
- Smart entry dengan push start
- 6 beg udara
- Honda Sensing
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 03]()
Honda City 1.5 E 2023 – RM 85,600
Menambah
- Pemegang pintu jenis krom
- Penyaman udara automatik
- Infotainment 8-inci dengan Apple CarPlay/Android Auto berwayar
- 2 port USB-C
- Kamera undur
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 04]()
Honda City 1.5 V 2023 – RM 90,600
Menambah
- Rim 16-inci
- Lampu depan jenis LED penuh
- Lampu kabus LED
- Brek belakang jenis cakera
- Tempat duduk kulit
- Roda stereng kulit
- 8 pembesar suara
- Honda LaneWatch
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 05]()
2023 Honda City 1.5 RS Petrol 2023
Menambah
- Eksterior RS
- Kluster 7-inci separa-digital
- Apple CarPlay/Android Auto nirwayar
- Interior beraksen merah
![Honda City 2023 facelift untuk Malaysia diberi sehingga 5 varian tapi apa beza antara mereka? 06]()
2023 Honda City RS e:HEV 2023
Menambah
- 1.5L hybrid i-MMD dua motor dengan 109 PS/253 Nm
- Rim 16-inci dwi-tona
- Brek parkir elektrik
- Auto Brake Hold
- Pedal sport
- Corong penyaman udara belakang
- Low Speed Follow dalam ADAS Honda Sensing
Juga baca: Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });