Tempahan Honda City 2023 facelift untuk Malaysia dibuka - pelancaran S3, gaya & infotainment baru
Faisal ยท Jul 18, 2023 11:20 AM
0
0
Varian RS di pasaran Thailand.
Honda Malaysia sebentar tadi telah mula membuka tempahan buat Honda City 2023 facelift untuk pasaran kita.
Bagi anda yang belum tahu, model facelift di pasaran luar menyaksikan pembaharuan pada bahagian gril, bampar dan reka bentuk roda. Bahagian dalamnya menyaksikan sedikit perubahan pada aspek trim dan infotainment.
Selain daripada itu, ADAS Honda Sensing sekarang didatangkan standard pada semua varian tetapi perkara ini belum dapat disahkan untuk pasaran kita. Sistem bantuan keselamatan autonomi ini merangkumi ciri:
Adaptive Cruise Control (ACC)
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Forward Collision Warning (FCW)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Road Departure Mitigation (RDM)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)
Apa yang baharu pada ADAS City RS kali ini ialah ciri Low-Speed Follow (LSF) dan Lead Car Departure Notification (LCDN).
Spesifikasi lanjut seperti kamera titik buta Honda LaneWatch dan sistem telematik Honda Connect pula akan diumum pada masa akan datang. Apapun, pelancarannya dijangka berlangsung dalam suku 3 2023. Untuk itu, teruskan ikuti perkembangan dari kami.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.