window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang

Mersita · Oct 14, 2022 09:00 AM

Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang 01

  • Tak perlu stiker RFID, guna ‘app’ telefon pintar atau peranti sama seperti SmartTAG saja
  • Sokong beberapa jenis ‘e-wallet’
  • Pelaksanaan sepenuhnya akan bermula lebih awal

Seperti biasa, Indonesia melangkah jauh ke depan dalam inisiatif  peralihan pengguna ke arah sistem kutipan tol lebuh raya tanpa palang apabila mereka mengumumkan rancangan pelaksanaan penuh sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang dinamakan CANTAS menjelang penghujung 2022.

Terdahulu, laporan mengatakan yang republik itu akan memulakan MLFF pada Julai 2022 dan sistem berkenaan dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2023. Bagaimanapun, nampak gayanya kini proses peralihan itu berjalan lancar dan mereka mendapati MLFF boleh dilaksanakan sepenuhnya lebih awal dari jangkaan.

Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandangkan sistem sudah tersedia untuk digunakan, pengguna jalan raya sudah tidak perlu memberhentikan kenderaan masing-masing dan menurunkan tingkap semata-mata untuk mengimbas kad bayaran.

Sistem kutipan tol tanpa palang ini menyokong tiga kaedah pembayaran. Kaedah pertama dikenali sebagai On-Board Unit elektrik (e-OBU) yang menggunakan fungsi GPS di dalam peranti pintar pengguna dan mengecas kadar tol pada pengguna secara automatik menggunakan aplikasi khas.

Juga baca: Indonesia laksana 'tol tanpa palang' tahun ini, Malaysia masih gaduh RFID vs SmartTAG?

Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang 01

Oleh itu, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi mudah-alih ini dan mendaftarkan maklumat peribadi dan kenderaan masing-masing ke dalam sistem e-OBU tersebut. Ia menggunakan teknologi satelit untuk mengesan lokasi pengguna menerusi peranti pintar mereka.

Selain itu, kaedah kedua ialah pengguna boleh memilih untuk membayar tol tanpa menggunakan aplikasi peranti pintar ini. Peranti pengesan OBU yang serupa dengan SmartTag boleh dibeli dan digunakan seperti biasa. Manakala kaedah ketiga pula ialah membeli tiket untuk digunakan sebagai pas satu kali digelar tiket laluan elektronik.

Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang 02

Proses ini hanya perlu diaktifkan sekali. Apabila selesai berdaftar, pengguna boleh melepasi plaza-plaza tol dengan mudah dan sistem berkenaan akan mengecas pengguna menerusi ‘e-wallet’ pilihan masing-masing.

Percaya atau tidak, pengguna jalan raya di Indonesia tidak diterhadkan pilihan mereka kepada hanya satu ‘e-wallet’ – berbeza dengan sistem yang digunakan di Malaysia dimana hanya e-wallet Touch n’ Go sahaja yang dibenarkan untuk tujuan pembayaran tol.

Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang 03

Buat masa ini, beberapa plaza tol masih membenarkan pengguna untuk menggunakan kad E-Toll secara imbasan – serupa dengan kaedah pembayaran menggunakan kad Touch n’ Go di sini.

Di Malaysia, kabinet baru sahaja meluluskan pelaksanaan MLFF di negara kita menerusi Kementerian Kerja Raya menjelang 2025.

Juga baca: Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda