window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya

Faisal ยท Mar 2, 2022 02:00 PM

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 01

  • 18% daripada pengguna lebuh raya kini membayar tol menggunakan myRFID
  • Untuk matlamat tol tanpa palang (MLFF), RFID dipilih berbanding SmartTag.
  • Masih tiada jalan penyelesaian mutlak untuk membendung isu pengesan pada RFID

Sewaktu persidangan Dewan Rakyat semalam, Menteri Kanan Kerja Raya menjelaskan bahawa sebelum sistem pembayaran tol elektronik jenis RFID dilaksanakan, mereka telahpun membuat kaji selidik mengenai teknologi SmartTag yang berasaskan infrared (IR). Ia diguna di negara seperti Singapura tetapi teknologi itu tidak dipakai kerana kosnya lebih tinggi.

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 02

Sistem tol tanpa palang (MLFF) seperti Electronic Road Pricing (ERP) di Singapura juga diteliti oleh kementerian tetapi disebabkan kos yang dikhuatiri akan membebankan pengguna, ia tidak dilaksanakan di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Jadi, teknologi berasaskan RFID telah dipilih berbanding teknologi IR yang diguna pada SmartTag. Lagipun, RFID menggunakan frekuensi radio yang ada julat pengesan yang lebih lebar."

“Berbanding SmartTag yang menggunakan teknologi infrared, keberkesanan teknologi RFID lebih terbukti dalam pelaksanaan MLFF. Kalau anda nak tahu, RFID telah banyak diguna di negara membangun yang melaksanakan MLFF.”

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 01

Sistem berasaskan infrared yang diguna pada SmartTag juga diguna untuk berjalan 12,000 km di lebuh raya Autobahn.

Menariknya, lebuh raya terbaik di dunia iaitu Autobahn di Jerman tetap menggunakan teknologi infrared untuk pelaksanaan MLFF mereka. Apapun, ia untuk trak sahaja kerana kenderaan penumpang di sana tidak perlu membayar tol. Namun begitu, mereka perlu membayar cukai minyak dan bayaran parkir yang mahal, terutama di kawasan bandar.

Juga bacaPencipta MaxTAG, EFKON persoal kenapa SmartTAG & TnG diganti dengan RFID yang lagi hampeh

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 02

Lorong SmartTag ditutup, kedua-dua lorong RFID sampai beratur dibuatnya.

Menteri Kanan Kerja Raya sempat mengulas bahawa kos RFID hanyalah RM 35 termasuk pengesan, pemasangan dan sistem operasi yang digunakan. Walau bagaimanapun, kerajaan telah meminta TnG Sdn Bhd untuk meneliti struktur kos semula bagi mengurangkan harga kit RFID.

Secara teknikal, TnG adalah pembekal perkhidmatan untuk sistem kutipan tol buat kesemua lebuh raya di Malaysia.

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 03

Walaupun anda boleh beli pengesan MyRFID secara dalam talian dan pasang secara sendiri, anda tetap digalakkan untuk pergi uji di pusat pemasangan.

Untuk pengetahuan anda, ujian RFID telah dibuat sejak 2017 lagi, iaitu di lebuh raya sekitar Lembah Klang. PLUS pula sejak 1 Januari 2020.

Bagi anda yang belum tahu, Kementerian Kerja Raya mengambil kira sebulat-bulatnya akan pendapat negatif yang dilontarkan oleh para pengguna sejak RFID dilaksanakan secara meluas oleh PLUS. Apapun, PLUS telah mengambil langkah wayar dengan memperkenalkan semula lorong Touch N’ Go. Malah, di plaza tol, pihak mereka telah menempatkan beberapa petugas seandainya pengguna berhadapan dengan sebarang masalah.

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 04

Kalau anda nak tahu, lorong Touch N’ Go hanya mampu melepaskan 450 buah kereta setiap jam. Tetapi untuk jangka masa sama, RFID dan SmartTag boleh mencapai sehingga 1,000 buah kereta. Apapun, tujuan mutlak bagi penggunaan RFID adalah untuk melaksanakan sistem kutipan tol tanpa palang. Jadi, pengguna tidak perlu berhenti atau perlahankan kenderaan langsung.

Buat masa sekarang, pengguna MyRFID sudah mencapai 18%.

Tak guna teknologi 'infrared' macam SmartTag, kenapa RFID tetap dipilih? Ini jawapan Kementerian Kerja Raya 05

Mengenai kegagalan pengesan yang sering dialami oleh pengguna, PLUS menjelaskan bahawa kebanyakan kes berpunca daripada baki e-wallet yang tidak mencukupi, bukannya isu teknikal. Jadi, pengguna dinasihatkan supaya mengaktifkan e-wallet mereka dengan fungsi ‘reload’ automatik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda