Hyundai Palisade 2023 facelift dilancar di Malaysia - dari RM 369k, kluster digital & infotainment 12.3 inci

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Hyundai Palisade 2023 facelift ke pasaran Malaysia. SUV mercu buat Hyundai di Malaysia ini kekal dengan penawaran empat varian (CBU Korea) tetapi dengan harga baru seperti di bawah:

  • Executive (8 tempat duduk) 2.2L turbodiesel – RM 368,888
  • Executive (8 tempat duduk) 3.8L V6 NA – RM 378,888
  • Luxury (7 tempat duduk) 2.2L turbodiesel – RM 389,888
  • Luxury (7 tempat duduk) 3.8L V6 NA – RM 399,888

Eksterior

Pada bahagian luar, Palisade facelift dikemaskini dengan penerapan unsur gril Parametric Jewel, bampar baharu dan grafik lampu berbeza yang mana lampu utamanya kini berada di bahagian dalam.

Grafik lebih moden turut diterapkan pada bahagian belakang yang mana bamparnya menerima reka bentuk baharu dan lampu undurnya diletakkan selari dalam satu barisan. Cumanya, penggunaan lampu belakang jenis LED hanya untuk varian petrol sahaja.

Melengkapi pembaharuan bahagian luar pada Hyundai Palisade facelift adalah rim 20 inci baharu dengan unsur ala dwi-tona.

Interior

Atas - model sebelum facelift, Bawah - model facelift.

Masuk ke bahagian dalam, HSDM nampaknya telah memperbaiki isu skrin infotainment kecil dan kluster analog sebelum ini dengan menawarkan terus kluster digital 12.3 inci dan infotainment 12.3 inci. Tidak cukup dengan itu, ia dilengkapkan standard pada semua varian. Cumanya, penyambungan Apple CarPlay/Android Auto bukan lagi jenis nirwayar.

Lagi satu, walaupun dengan skrin infotainment yang besar, ciri kamera 360-darjah masih tiada. Apapun, HSDM memaklumkan bahawa pembeli boleh menambah opsyen tersebut pada harga lebih kurang RM 10,000.

Selain itu, kabin Palisade facelift mendatangkan corong penyaman udara yang lebih tirus, roda stereng Hyundai yang baru, butang kawalan audio berwarna hitam dan cermin pandang belakang jenis tanpa bingkai.

Di samping itu, port USB untuk Palisade kali ini diperbaharui dengan jenis Type-C dan pengecas nirwayar dinaiktaraf dari 5W kepada 15W.

Trenkuasa

Secara amnya, varian berenjin 2.2L turbodiesel kekal dengan 200 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda (HTRAC) melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Varian petrol pula kekal dengan enjin 3.8L V6 NA (Lambda II) yang menghembuskan 295 PS dan 355 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Keselamatan

Sebagai model Hyundai yang lebih baru, ADAS pada Palisade facelift dikemaskini dengan ciri Multi-Collision Brake System (MCB) yang membantu mengawal input brek selepas situasi kecemasan berlaku. Ciri AEB untuk kali ini pula boleh mengesan di bahagian penjuru sekali melalui ciri Junction-Turning detection (Forward Collision-avoidance Assist, FCA-JT). Satu lagi pembaharuan adalah ciri bantuan keselamatan ADAS didatangkan standard pada semua varian. Ia merangkumi bantuan seperti:

  • Smart Cruise Control (SCC)
  • Blind-spot Collision-avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision-avoidance Assist (RCCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Forward Collision-avoidance Assist (FCA)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Leading Vehicle Departure Alert (LVDA)

Secara amnya, pembeli Palisade ditawarkan dengan pilihan warna baru iaitu Gala Brown Pearl. Warna ini menggantikan Sierra Burgundy yang ada pada model sebelum ini. Untuk bahagian dalam pula, Palisade facelift kekal dengan pilihan tema interior Nappa berwarna Warm Grey, Burgundy atau hitam sepenuhnya.

Setiap pembelian pula lengkap dengan waranti 2 tahun/50,000 km tetapi pembeli boleh menambah pakej lanjutan waranti kepada 5 tahun/300,000 km (RM 11,000 untuk petrol, RM 12,000 untuk diesel). Menurut HSDM, jualan Hyundai Palisade di Malaysia selama ini mencecah 30 unit. Itu pun dalam jangka masa satu tahun sahaja.

Juga bacaHyundai Palisade jadi pilihan Agong - jauh lebih 'classy' berbanding Vellfire?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Hyundai Palisade

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Hyundai Palisade
Cek Lebih