Dengan penawaran pelbagai insentif dari pelepasan cukai hinggalah ke konsesi untuk melombong nikel, Presiden Indonesia, Joko Widodo yakin bahawa Tesla Inc akan memuktamadkan pelaburan mereka di negara itu.
Bagi anda yang belum tahu, Indonesia sejak 2020 telah giat menarik Tesla untuk melabur dalam pengeluaran bateri dan kereta kerana negara itu kaya dengan rizab bijih nikel yang mana ia boleh diproses untuk menjadi bateri EV.
Juga baca: Tesla 'sign' kontrak 5 tahun bernilai 5 bilion USD dengan Indonesia, khas untuk beli nikel bateri
Setakat ini, Jokomi dengan CEO Tesla iaitu Elon Musk telah bermesyuarat sebanyak dua kali.
Jelas Jokowi, โSaya berkata kepadanya, jika melabur di Indonesia, saya akan memberi konsesi nikelโ.
Kalau anda nak tahu, insentif lain yang melibatkan kedua-dua pihak adalah pelepasan cukai dan skim subsidi untuk pembelian EV supaya dapat membina pasaran Tesla dengan lebih besar.
Secara teknikal, Indonesia mempunyai rizab nikel terbesar dan pasaran domestik yang luas.
Buat masa sekarang, Tesla belum memberi jawapan muktamad walaupun mereka betul-betul memerlukan hab pengeluaran tambahan. Ketika ini, Tesla memasang EV di California, Shanghai, Austin, Texas dan Berlin. Selain Indonesia, Korea Selatan, Kanada dan Mexico juga sedang berusaha memenangi hati Tesla untuk melabur dalam aspek pengeluaran.
Apapun, Mexico ada kelebihan kerana kedudukannya lebih dekat dengan pasaran Amerika. Dalam masa yang sama, terdapat tapak pangkalan komponen dan kenderaan yang dibina di negara itu boleh mendapat kredit cukai.
Untuk pengetahuan anda, Elon Musk menyasarkan untuk menjual 20 juta EV menjelang 2030. Menurut penganalisa, Tesla perlu membina lagi 7 ke 8 kilang bersaiz giga.
Juga baca: Indonesia sasar jual kenderaan EV sahaja menjelang tahun 2050
Sumber: Reuters
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}