window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)!

Haris ยท Apr 27, 2022 06:00 PM

Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)! 01

Jenama gergasi kereta elektrik, Tesla pernah mengunjungi Indonesia ketika ingin membincangkan mengenai peluang pelaburan di negara tersebut. Walaubagaimanapun, rundingan tersebut dilaporkan tidak dapat diteruskan kerana antaranya syarat-syarat berkaitan dengan pembekalan bahan mentah untuk penghasilan jana kuasa tidak dapat dipenuhi.

Namun begitu, Indonesia nampaknya masih tidak berputus asa apabila kali ini dilihat menghantar delegasi baharu ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Elon Musk sendiri untuk memulakan semula rundingan dan pelan pelaburan tersebut.

Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu hantaran  Facebook oleh Anindya Bakrie, Wakil Ketua Bidang Organisasi, Keanggotaan, dan Pemberdayaan Daerah Kamar Dagang dan Industri (KADIN) - atau di sini lebih dikenali sebagai Persatuan, Dewan Perniagaan atau Chambers of Commerce - telah mengunjungi Elon Musk sendiri di Tesla Gigafactory di Austin, Texas.

Delegasi itu turut dianggotai Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Kabinet Indonesia Maju, Luhut Pandjaitan (individu penting dalam rundingan Tesla ke Indonesia sebelum ini), bersama wakil Marinvest, Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat, Rosan Roeslani dan beberapa wakil perniagaan.

Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)! 01

Anindya dalam kenyataannya menyebut, "Tujuan kami adalah untuk meyakinkan Tesla untuk meneroka kerjasama dengan Indonesia berkaitan pembekalan dan pemprosesan nikel sebagai bahan mentah untuk membuat Sel Bateri berdasarkan ESG (Environmental, Social, and Governance) yang baik dan mampan.

"Kami juga bertuah kerana dapat melakukan lawatan yang jarang berlaku di dalam kilang kereta dan bateri Tesla. Susunan rantaian bekalan ternyata sangat berkesan dan kemas di kilang Tesla!." tambahnya lagi.

Di kesempatan itu, Anandya juga menyampaikan jemputan ke sidang kemuncak G20/B20, termasuk menjemput beliau untuk menyertai Kaukus Penasihat Antarabangsa B20 dan menghadiri acara B20 pada pertengahan November 2022 yang akan dianjurkan di Indonesia.

Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)! 02

Namun begitu, suatu butiran yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran Elon Musk yang begitu bersahaja dengan hanya memakai baju t-shirt dan seluar jeans sahaja ketika delegasi Indonesia siap memakai sut dan tali leher yang kemas menjadi tular di laman sosial.

Anindya turut berkongsi anekdot di mana Elon Musk baru sahaja membeli syarikat media sosial Twitter di mana antara pengguna terbesar medium tersebut adalah rakyat Indonesia. Malah, mood Elon Musk juga berada dalam keadaan yang senang dan gembira kerana pembelian terbaharunya itu.

Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)! 03

Indonesia kini mendapati bahawa mereka kini berada di atas deposit nikel yang terbesar di dunia (sehingga 2 kali ganda lebih banyak berbanding negara kedua terbesar pengeksport nikel - Filipina) lantas bertindak pantas untuk mendapatkan pelaburan luar untuk pembangunan hasil bumi negara itu.

Antara langkah yang telah dibuat adalah dengan mengharamkan ekspot nikel serta pelebur bijih nikel di negara itu harus membeli bijih nikel pada harga yang sudah ditetapkan kerajaan. Langkah ini adalah untuk menggesa industri perlombongan itu dalam penghasilan produk domestik yang lebih tinggi nilai ekspot dan kualitinya.

Baca: Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia