“Gaji tinggi, tapi nak beli Civic loan tak lepas.” Ini sebab pinjaman auto ditolak.

Apabila bercakap tentang duit, perkara pertama yang orang akan sering tanya terlebih dahulu ialah, “Berapa gaji sebulan?” Sebenarnya, yang paling penting bukanlah berapa biji “00” dalam slip gaji semata-mata – tapi tabiat perbelanjaan anda jadi penentunya.

Mungkin anda dah selalu dengar tentang hal ini. Selain daripada memberi anda rebiu dan tip-tip bagi memilih kereta idaman anda, kami juga ingin sentuh hal mengenai cara terbaik untuk anda dapatkan kereta idaman tanpa menjerat poket sendiri.

1. Ukur kereta di poket sendiri.

Nasihat pertama ialah “sedar diri”. Mengakui kekurangan dan kesilapan diri sendiri adalah langkah pertama dalam membuat apa-apa keputusan. Kenapa nasihat ini yang paling berguna? (1) Apabila anda dah ada kesedaran kendiri, anda tahu kereta yang mana harganya berada dalam kemampuan anda, (2) kalau nak juga yang mahal, anda akan mula berfikir cara untuk mencari pendapatan lebih yang halal untuk tabung ‘wish-list’ anda, dan (3) anda akan mula bertindak ke atas sebab-sebab di bawah – samada buat bayaran balik atau ubah tabiat.

Kami juga pernah bincangkan tentang ‘Rule of 78’ dan sebab mengapa anda harus cuba kurangkan tempoh pinjaman sebelum memohon bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Katakanlah anda idamkan Honda Civic berharga RM 108,165 (dengan SST), maka tahap kemampuan anda untuk membeli kereta ini (secara kasarnya) ialah “harga kereta / 12 bulan = pendapatan kasar”; RM 108,165 / 12 = RM 9,013.75. Jika pendapatan isi rumah mencukupi dan komitmen lain tak banyak, silakan. Jangan lupa kira kos penjagaan dan penyelenggaraan pula.

Ya, semua masalah bukan mudah untuk diselesaikan. Ada banyak isu lain seperti kestabilan pekerjaan dan tangga gaji yang lambat betul nak naik. Ambillah ini sekadar nasihat dan bertindaklah sebaiknya.

Pinjaman automotif selalunya akan merujuk umur, penyata gaji, penyata bank, sijil SSM bagi yang berniaga, laporan CTOS dan laporan kredit CCRIS peminjam. Ramai yang tersekat di bahagian terakhir sekali iaitu laporan CCRIS.

2. Kaji laporan CCRIS dan kriteria yang dinilai

Central Credit Reference Information System (CCRIS) ialah sistem yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Secara amnya, laporan ini mengumpul maklumat kredit peminjam untuk memastikan yang peminjam mampu untuk membayar balik pinjaman yang dipohon dengan berdisiplin. Corak pembayaran balik anda akan dipaparkan dalam bentuk skor di dalam laporan tersebut.

Kriteria yang dinilai termasuklah “Outstanding Credit” (baki pinjaman tertunggak), “Special Attention Account” (pinjaman yang dipantau rapat oleh institusi kewangan seperti AKPK), “Application for Credit” (jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelum laporan dikeluarkan), dan “Instalment in Arrears for last 12 Months” iaitu pinjaman yang tidak berbayar pada masanya dalam tempoh 12 bulan. Di sinilah tabiat pinjaman anda dilihat – 1 bulan yang tertunggak akan ditanda “1” pada bulan tersebut. Peminjam PTPTN selalunya akan ada nombor besar di sini jika belum dibayar bertahun lamanya.

Sumber: iMoney.my How to Read Your CCRIS Report

Bagi pembelian aset, kadangkala yang tiada skor kredit pun bermasalah. Sekurang-kurangnya ada satu rekod pembayaran bulanan akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman kerana ada indikasi tentang tabiat pinjaman/bayaran anda. 'Postpaid' telko atau kad kredit pun jadi lah - asalkan ada sesuatu untuk dijadikan rujukan bertulis untuk bank menilai tabiat kewangan anda. Duit kutu malangnya tak direkod.

3. Periksa nama jika disenarai-hitam

Gambar oleh Scott Graham di Unsplash

Bagi hal yang satu ini, anda boleh periksa CTOS untuk pastikan status anda bebas daripada saman atau perintah muflis. Pinjaman automotif juga seringkali tidak diluluskan kerana nama anda disenarai-hitam oleh institusi peminjam kerana anda meminjam atau menjamin peminjam. Sila rujuk PTPTN, MARA, Courts Mammoth, Coway, atau skim sewa beli lain yang berkaitan jika bank kata anda disenarai-hitam – barangkali ada kes anda telah dibawa ke mahkamah atas kegagalan pembayaran balik.

4. Sebab-sebab lain

Antaranya ialah Nett Disposable Income (NDI) atau gaji pokok anda terlalu rendah untuk kereta/motosikal yang hendak dibeli. Selalunya gaji bawah RM 2,000 perlukan seorang penjamin. Mintalah seorang ahli keluarga anda untuk jadi penjamin dan sentiasalah berdisiplin dalam bayaran balik.

Umur terlalu muda juga menyukarkan kelulusan pinjaman – selalunya melibatkan mereka yang berumur 24 tahun ke bawah. Nak beli YSuku? Penulis dengar yang ramai budak-budak zaman sekarang sanggup berhujan berpanas buat FoodPanda, kumpul duit dan beli motosikal secara tunai. Pun boleh, lagi bagus sebenarnya. Abang-abang yang dah matang, contohilah adik-adik ini.

Ada juga institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman automotif dengan skim pembiayaan eksklusif bagi lepasan ijazah Diploma/Sarjana Muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Pinjaman konvensional selalunya memerlukan slip gaji 3 atau 6 bulan. Tapi, skim-skim sebegini hanya perlukan surat tawaran pekerjaan/”offer letter” dari syarikat majikan dan seorang penjamin dari kalangan ahli keluarga. Bayaran bungalah tak tahulah pula, barangkali tinggi sedikit.

Proton Saga, sedan paling laris dengan pengendalian ('handling') yang hebat dan kelengkapan yang bagus - pilihan yang sangat berbaloi.

Tapi, apa-apa pun, janganlah beli kereta yang terlalu jauh diluar dari kemampuan anda. Bagi yang tak ada masalah dari segi pendapatan atau duit, pastikan anda tak simpan duit bawah bantal dan abaikan bayaran bulanan anda. Kereta atau motosikal, dalam perspektif lain, ialah kendera rezeki anda. Pandai-pandailah jana pendapatan dengan apa yang anda ada.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Hilux

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Tags

Lihat Lebih