Kia EV9 didedahkan - SUV elektrik 7-penumpang, rekaan kontemporari jadi tumpuan!

Rekaan Kia semakin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi selepas Kia EV9 2023 yang baru sahaja diumumkan oleh Kia Corporation baru-baru ini. Model SUV Kia EV9 ialah SUV elektrik 3-baris pertama Kia dan merupakan langkah penting dalam objektif pengeluar kereta Korea itu ke arah menjadi penyedia penyelesaian mobiliti mampan.

Berbanding rekaan kapal angkasa EV6 yang anggun dan futuristik, Kia EV9 kelihatan lebih menonjol dengan garisan tetapi ia masih mematuhi falsafah reka bentuk 'Opposites United' Kia. Hasilnya, SUV ini ialah kenderaan yang 'menggabungkan aura keupayaan lasak yang tidak diragui untuk semua keadaan dengan ketenangan EV yang canggih'.

Bahagian hadapan Kia EV9 diserlahkan oleh 'Gril Digital Corak Kilat' dan lampu depan menegak untuk rupa dan rasa futuristik. Rekaan signature 'Tiger Face' juga diluahkan dalam bentuk 'digital', mempunyai dua kelompok lampu kiub kecil dalam setiap perumah lampu depan. Penampilan keseluruhan sebahagian besarnya tidak berubah daripada EV9 Concept yang didedahkan pada tahun 2021.

Beralih ke profil sisi dan di sini kita melihat reka bentuk SUV poligonal bergabung dengan kecekapan aerodinamik EV. Gerbang roda geometri yang sangat ketara bersatu dengan baik dengan garis bumbung belakang yang meruncing.

Reka bentuk belakang Kia EV9 adalah ringkas dan bersih seperti SUV elektrik yang biasa ditemui dalam pasaran. Ia hadir dengan lampu ekor langsing yang mencerminkan reka bentuk lampu serta mengikuti garisan badan kenderaan.

Baca: Bakal tiba di Malaysia, jom kita lihat Kia Niro dengan lebih terperinci di Pameran Motor Singapura 2023

Dibina di atas platform E-GMP oleh Kia, ia mempunyai jarak roda panjang, garis beltline rendah, dan seni bina EV yang rata sepenuhnya bagi membolehkan penggunaan ruang yang luas untuk semua penghuni berehat dengan keselesaan gaya lounge. SUV 3-baris ini boleh didapati dalam format 6 dan 7 tempat duduk.

Kesemua tempat duduk ini akan memainkan peranan dalam menjadikan Kia EV9 pengalaman yang selesa. Penghuni barisan pertama dan kedua secara serentak boleh mencondongkan tempat duduk mereka untuk berehat dan berbaring semasa SUV elektrik sedang dicas.

Sementara itu, tempat duduk barisan kedua juga boleh berpusing 180 darjah dengan selesa supaya penghuni boleh berinteraksi dengan tempat duduk di barisan ketiga. Ya, anda boleh mengadakan mesyuarat mudah alih dalam trafik di dalam Kia EV9 jika anda percaya bahawa "kerja tidak pernah meninggalkan pejabat".

Baca: Elon Musk 'paksa' pekerja Tesla masuk pejabat, kalau tak dianggap 'resign'. Setuju?

Mungkin Kia EV9 boleh menjadi lokasi healing kerana kabin direka untuk menjadi luas, tenang dan lapang sambil masih mengekalkan ciri futuristik seperti kebanyakan EV premium.

Papan pemuka panorama jenis terapung memanjang dari stereng ke bahagian tengah kenderaan menghiasi kabin dalaman Kia EV9. Tarikan utama di sini adalah dua skrin sentuh 12.3 inci yang disepadukan dengan satu paparan segmen 5 inci yang menawarkan kawalan fungsi kenderaan dengan mudah dan memastikan butang fizikal berada pada tahap minimum.

Kia akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk dimensi, saiz bateri dan output kuasa semasa tayangan perdana global digital EV9 pada penghujung bulan Mac ini.

Baca: Kia EV6 - banyak permintaan global, Malaysia hanya dapat 5 unit, sebelum lancar dah habis licin!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Kia EV6

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Kia EV6 AWD GT-Line Review in Malaysia! Better Than a Tesla Model 3?

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Kia EV6
Cek Lebih