Bukan rahsia jenama motosikal terkemuka Itali, MV Agusta bakal kembali memeriahkan pasaran tempatan tetapi sedikit mengecewakan, tiada perkembangan lanjut mengenainya kedengaran.
Seperti laporan terdahulu, MV Agusta dijadual membuat kemunculan semula bersama pengedar baharu iaitu AFY Mobility Sdn Bhd (AMI), syarikat yang dipengerusikan bos Suzuki Malaysia, Ahmad Faez Yahaya.
Tiada sebarang pengumuman rasmi, Ahmad Faez baru-baru ini membuat kejutan dengan menayangkan beberapa keping gambar model terbaharu jenama berkenaan di laman sosial miliknya.
Juga baca: MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam!
Apa yang menarik, ia dikatakan diambil di Malaysia dengan model yang ditayangkan adalah dua unit jentera aras tinggi jenama itu MV Agusta Brutale RR.
Lebih mengujakan, salah satu daripada MV Agusta Brutale RR yang ditayang adalah versi terhad edisi Nurburgring.
Sebagai info, MV Agusta Brutale RR edisi Nurburgring dihasilkan sebanyak 150 unit sahaja seluruh dunia.
Dan model yang dikongsikan oleh Ahmad Faez adalah unit ke-90.
Juga baca: 'Hyper naked' ganas, MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 dilancar, kuasa kekal 208 Hp, 116.5 Nm!
Sekalipun bukan rasmi, perkongsian yang dilakukan Faez seakan memberi petanda MV Agusta akan tiba tidak lama lagi.
Sebelum ini, Ahmad Faez turut melakukan perkara sama membabitkan kepulangan semula secara rasmi Suzuki Motor di Malaysia.
Berbalik kepada kehadiran semula MV Agusta di Malaysia, pihak AMI dikatakan bukan sekadar mengedar malah akan turut memasang beberapa model di sini.
Menurut sumber yang kami peroleh, AMI ketika ini berada di fasa akhir dalam persiapannya membawa masuk MV Agusta di pasaran tempatan.
Dan apa yang dijanjikan adalah pelancarannya kekal dijadual pada tahun ini.
Mengulas ringkas spesifikasi MV Agusta Brutale RR, ia adalah model aras tinggi jenama itu yang dikuasakan enjin bersesaran 998 cc, 4 Silinder Sebaris. Kuasa yang dihamburkan berada pada angka 208 Hp dan tork 116.5 Nm.
Juga baca: 11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}