window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia!

Khairil ยท Jul 6, 2021 09:00 AM

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 01

Seorang wartawan 'otai' dari Itali, Valerio Boni berjaya memecahkan rekod dunia dengan menunggang motosikal MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2021.

Juga baca: 'Hyper naked' ganas, MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 sudah tiba, kuasa kekal 208 Hp, 116.5 Nm!

Rekod yang dipecahkan Boni dengan kerjasama MV Agusta menerusi projek TVEE atau Turismo Veloce Europe Endurance itu adalah menunggang motosikal melalui 11 negara dalam tempoh kurang 24 jam dan menempuh jarak lebih 2,000 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 01

11 negara yang dilalui Boni ialah Sweden, Denmark, Jerman, Belanda, Belgium, Luxembourg, Perancis, Switzerland, Liechtenstein, Austria dan Itali dengan rekod ini dibuat ketika solstis musim panas pada 21 Jun lalu.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 02

Selain memecahkan rekod dunia, antara objektif TVEE adalah adalah untuk Boni mendapatkan pengiktirafan SaddleSore 2000 daripada 'Iron Butt Association' sebagai "Penunggang paling sukar di dunia" dengan menunggang sejauh 2,000 km dalam selang waktu yang sama.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 03

Tunggangan epik TVEE itu secara rasmi bermula pada 5.38 petang di Malmo, Sweden, lokasi di mana Boni mengisi minyak motosikalnya dan berakhir di ibu pejabat MV Agusta di Schiranna, Itali dengan menempuh jarak keseluruhan 2,003 km.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 04

Perjalanan berkenaan bukan saja menguji ketahanan Boni namun motosikal ditunggangnya terutama keadaan cuaca yang tidak menentu.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 05

Selain mematuhi peraturan jalan raya dengan kelajuan purata 100 km/j, panel instrumen Turismo Veloce turut mengesahkan motosikal berkenaan dihidupkan selama lebih daripada 23 jam.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 06

Boni berkata: "Segala-galanya berjalan seperti yang dirancang, atau hampir seperti dirancang. Kami mencapai objektif kami juga jadi terima kasih kepada Turismo Veloce, yang terbukti amat boleh diyakini dan selesa, dua kualiti yang jelas kunci kepada situasi ini."

Juga baca: Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro

Sebelum ini, Boni turut mencipta Rekod Dunia untuk jarak menunggang paling jauh menggunakan minibike dalam masa 24 jam.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 07

Sedikit info mengenai MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2021, ia menggunakan enjin bersesaran 798 cc, 3 Silinder Sebaris, 4 Lejang, 12 Injap, DOHC, Penyejuk Cecair yang menghasilkan 110 Hp pada 10,10,150 rpm dan torl 80 Nm pada 7,100 rpm.

11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia! 08

Jentera touring ini dilancarkan pada April lalu dan dijual pada harga bermula 21,600 (RM 106,399) di pasaran Eropah.

Sumber berita dan imej: motorcycle.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda