Proton
Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 Standard AT 2021 - Tak malu pun walau ada BMW & Honda
433
Setelah mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 14 Oktober 2020, Proton kini mengumumkan 49 lagi kes telah dikesan. Semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian Kejuruteraan dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang PROTON Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah.
Proton akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini. Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.
Proton ingin menekankan bahawa pihak syarikat akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat. Ini telah diamalkan semenjak wabak ini menular dalam negeri. Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.
Proton juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini. Keselamatan semua pekerja Proton, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa kekal sebagai keutamaan Proton.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
182