window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beratur uji pandu sampai 3 pagi, EV Xiaomi SU7 'sold out' dalam 24 jam, sapu licin kuota model 2024!

Faisal ยท Apr 1, 2024 11:05 AM

Beratur uji pandu sampai 3 pagi, EV Xiaomi SU7 'sold out' dalam 24 jam, sapu licin kuota model 2024! 01

Dalam profit Weibo syarikat Xiaomi, mereka mengumumkan bahawa EV terhangat yang dilancarkan di bumi China pada minggu lepas iaitu Xiaomi SU7 telah merekodkan sehingga 88,898 tempahan 'firm orders' dalam masa 24 jam dari detik pelancaran.

'Firm orders' dalam konteks di China ini bermaksud pelanggan yang membuat deposit yang tidak boleh dipulangkan semula untuk mengunci kereta mereka. Penyerahan pula akan berlangsung seawal April ini.

Beratur uji pandu sampai 3 pagi, EV Xiaomi SU7 'sold out' dalam 24 jam, sapu licin kuota model 2024! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun sekarang dikira habis stok, masih ramai yang berpusu untuk melihat di bilik pameran. Malah, media di China melaporkan bahawa ada pelanggan yang hendak memandu uji walaupun pada jam 3 pagi. Cumanya, keutamaan tetap diberi kepada mereka yang telah membayar deposit.

Untuk makluman anda, Xiaomi bekerjasama dengan BAIC (jenama yang akan masuk Malaysia) untuk membangunkan SU7 di kilang Beijing.

Also read: Anda minat dengan 'Jeep' China, EV, & SUV bersaiz X70? Vendor Malaysia menandatangani MoU CKD jenama BAIC

Beratur uji pandu sampai 3 pagi, EV Xiaomi SU7 'sold out' dalam 24 jam, sapu licin kuota model 2024! 01

Secara amnya, Xiaomi SU7 di China hadir dalam varian Standard, Pro dan Max. Dua varian teratas dikuasai oleh motor belakang yang menghasilkan 295 PS/400 Nm.

Varian Max pula datang dengan dua motor (AWD) beroutput 673 PS/838 Nm yang menggunakan bateri CATL Kirin 101 kWh. Jarak memandu (CLTC) pula boleh pergi sehingga 800 km.

Xiaomi SU7 Standard datang dengan bateri 73.6 kWh yang memberi jarak pandu 700 km.

Varian Pro pula hadir dengan bateri paling besar berkapasiti 94.3 kWh, sekaligus memberi jarak pandu sehingga 830 km.

Beratur uji pandu sampai 3 pagi, EV Xiaomi SU7 'sold out' dalam 24 jam, sapu licin kuota model 2024! 02

Secara umumnya, Xiaomi SU7 menggunakan arkitektur 400V.

Sekiranya anda menggunakan pengecas pantas DC, SU7 Max sebagai contoh mampu memperoleh jarak pandu sehingga 510 km untuk pengecasan 15 minit. Pengecasan 10-80% pula hanya mengambil masa 19 minit.

Harga Xiaomi SU7 di China adalah seperti berikut:

  • Xiaomi SU7 Standard โ€“ CNY 215,900 (~RM 141,525)
  • Xiaomi SU7 Pro โ€“ CNY 245,900 (~RM 161,189)
  • Xiaomi SU7 Max โ€“ CNY 299,900 (~RM 196,587)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia